Friday 22 February 2013

Jentera UMNO Tasek Gelugor Kini Bersedia.


TASEK GELUGOR 21Feb2013 - Dalam tempoh Pilihanraya Umum ke13 yang hampir dekat, UMNO /BN Bahagian Tasek Gelugor terus unggul dalam menggerakkan jentera PDM dengan lawatan gerak kerja oleh YB  Ustaz Shabudin Bin Yahya selaku ADUN Permatang Berangan merangkap Pengarah Pilihanraya BN Bahagian Tasek Gelugor. 

Dalam gerak kerja beliau keseluruh jentera bahagian, beliau amat berpuas hati dengan kesiapsiagaan kesemua 27 peringkat PDM sedang giat mengemaskini jentera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke13.

Di samping itu juga, UMNO/BN di Tasek Gelugor sememangnya telahpun bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.


Kini boleh dikatakan setiap hari beliau 'turun padang' bagi menyampaikan taklimat kepada jentera dan memberi kata-kata semangat agar pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang terbaik buat UMNO/BN di Bahagian Tasek Gelugor.-TGP

Wednesday 13 February 2013

Meriah Di Telok Air Tawar Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


Telok Air Tawar - Sempena dengan Tahun Baru Cina, Rumah Terbuka anjuran Parti Gerakan (BN) Telok Air tawar meriah dengan kehadiran seramai 500  orang berbagai lapisan masyarakat yang bertempat di SJK (C) Aik Keow Telok Air Tawar.

Sementara itu dalam ucapan YB Dato Hajjah Jahara ADUN Telok Air Tawar, beliau memuji dan percaya Pulau Pinang akan diambil alih semula oleh BN pada PRU13 kali ini kerana rakyat sekarang mula bosan dan muak dengan janji dan retorik pembangkang.

Turut memeriahkan  majlis En. Teng Chang Yeow Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang turut hadir dalam majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau juga memberikan penjelasan mengenai Isu Psy "Gangnam style" yang datang ke Pulau Pinang baru-baru ini.

" Isu Psy sebenarnya bukan menggunakan duit kerajaan BN pun, ianya adalah tajaan oleh badan korporat (Mega Ultimate) yang berhajat untuk membawa Artis Antarabangsa ke Malaysia sempena tahun baru cina kali ini. Oleh itu badan korporat (Mega Ultimate) itu pernah  bertanyakan kepada kita penganjur (BN) "you nak Justin Bieber atau Psy"? jadi penganjur (BN) telah pun memilih Psy untuk buat persembahan "-katanya.- TGP

Monday 4 February 2013

VIDEO YB Syabudin Yahya Ulas Kejahilan Karpal & Kelemahan PAS


YB Ustaz Syabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap ADUN Permatang Berangan dan bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang semalam melahirkan kebimbangan beliau dengan senario terkini melibatkan kenyataan oleh Karpal Singh terhadap keputusan Majlis Syura PAS berkenaan isu kalimah Allah dan juga isu pemecatan Nasharudin Mat Isa.

Apa yang berlaku sebenarnya memperlihatkan PAS selama ini ternyata gagal mengotakan janjinya untuk memberikan kefahaman tentang Islam kepada konconya sendiri iaitu DAPigs.

Jika dulu para pimpinannya begitu hebat mencanang keseluruh negara termasuk dalam pentas-pentas forum dan sebagainya yang mereka akan berusaha untuk melakukan dakwah ternyata kini ianya hanyalah khayalan dan cakap tak serupa bikin.

Malah tindakan Karpal Singh yang mahukan supaya Majlis Syura serta parti PAS memastikan keputusan yang dibuat itu sama dengan keputusan Pakatan Haprak membuktikan betapa angkuhnya DAPigs dalam mendepani isu ini dan turut mengheret PAS ke kancah paling kronik apabila kredibiliti badan itu (Majlis Syura) kini dipertikaikan.

Berikut adalah reaksi dan ulasan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang terhadap isu ini.



Pakatan Haprak ternyata semakin goyah dan tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pimpinan ketiga-tiga parti ternyata semakin pincang.Pincang kerana ketidaksefahaman diantara pemimpin mereka menyebabkan agama Islam kini menjadi bahan mainan untuk kepentingan politik.

Persoalan yang perlu ampa semua fikirkan , SIAPAKAH YANG MENGETUAI PAKATAN HAPRAK HARI INI ? WHO'S THE BOS ??

sumber MMI 


Sunday 3 February 2013

DAP Pinggirkan Rakyat - YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop



TASEK GELUGOR - Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP, hanya mementingkan politik dan tidak mengutamakan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini terbukti apabila dalam tempoh lima tahun parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, tiada usaha dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik di Pulau Pinang.

"Apabila DAP ambil alih Pulau Pinang, kami (kerajaan persekutuan) fikir mereka (DAP) akan menyambung usaha yang telah dibuat dahulu tetapi sudah terbukti setelah lima tahun mereka tidak buat apa-apa untuk atasi masalah rumah mampu milik.

"Apabila ada agensi kerajaan persekutuan yang mahu bina rumah mampu milik yang sesuai dengan kemampuan rakyat, mereka tidak bagi bina, letak pelbagai syarat pula tetapi pada masa sama mereka (kerajaan DAP) sendiri pun tidak buat juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Pulau Pinang untuk diagih kepada penerima bantuan di kawasan masing-masing.

"Apa yang ada dalam fikiran mereka hanya politik semata-mata, ini semua hipokrasi, cakap lain dan buat lain," katanya.