Showing posts with label ADUN Permatang Berangan. Show all posts
Showing posts with label ADUN Permatang Berangan. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

UMNO Tasek Gelugor Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan Perda Venture Sdn. Bhd., menghantar kira-kira 200 anggota bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Majlis Pelancaran Misi Sukarela dan Bantuan Banjir ke Pantai Timur itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shabudin Yahaya di Pusat Komersial Tasek Gelugur di sini hari ini.

Yang turut menyertai misi berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Dua, Mohamad Yusoff Mohd. Noor dan ADUN Permatang Berangan Omar Abdul Hamid.

Shabudin berkata, pihaknya menggunakan 20 buah kenderaan, sebuah bas, empat buah lori, dua van dan beberapa kenderaan pacuan empat roda untuk membantu mangsa banjir terbabit.


Katanya, misi selama empat hari itu melibatkan pemberian bantuan makanan termasuk peralatan barangan dapur dan bantuan kerja pembersihan kawasan yang dilanda banjir membabitkan peruntukan berjumlah RM70,000.

"Kita prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi," katanya di sini.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata, bantuan itu akan diserahkan kepada penduduk yang masih memerlukan bantuan terutama makanan.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu membersihkan kawasan rumah di situ selepas dilanda banjir supaya penduduk dapat tinggal dalam keadaan selesa. 

Thursday, 19 December 2013

Anwar Buat Hal Lagi...??? Apa Pulak Kali Ini...???


Kita sering lihat apa yang selalu dilakukan oleh Datuk Seri Anwar selalu akan menimbulkan kontrovesi di dalam mahupun diluar negara. Kita juga sedia maklum bahawa apa yang dilakukan oleh bang non sering kali akan mendapat sokongan daripada pengikut-pengikut tegar beliau. Walaupau. perbuatan beliau songsang ataupun salah disisi agama dan undang-undang. Pengikut-pengikut beliau tetap akan membela dan memberi sokongan padu pada beliau. 

Mari kita baca artikel menarik oleh AIDC :
Foto Datuk Seri Anwar bersama pelajar Amerika Syarikat (AS) yang dikirim melalui twitter @anwaribrahim mula mencetuskan perlbagai spekulasi.

“Pelajar Universiti Georgetown, Natalia menghadiahkan topi universiti kepada uncle Anwar.Tq,” tulisan daripada twitter @anwaribrahim dipetik yang mengesahkan Ketua Umum PKR bersama dalam satu program dengan pelajar universiti tersebut.  
Ketika Anwar mengadakan program di Amerika Syarikat (AS), pada tarikh sama beliau sepatutnya menghadiri kes pendengaran rayuan liwat II di Kuala Lumpur. 
Ketidakhadiran Anwar itu, dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menurutnya sebagai responden, Anwar mesti hadir dalam setiap perbicaraan.
“Kami mengemukakan bantahan atas kegagalan pihak responden untuk hadir. Perkara ini tidak boleh diberikan toleransi,” kata Shafee.
Aktivis Kristian, Terence Netto, yang mungkin mengikuti Ketua Pembangkang itu ke AS, melaporkan salah satu program Anwar bersama IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington, DC.
 
Dalam simposium anjuran IIIT itu, lapor Terence Netto, Anwar telah berhujah menggunakan pendapat pemikir liberalisme Barat John Locke dan Adam Smith untuk menangkis tanggapan popular di kalangan umat Islam bahawa pendidikan Barat adalah tidak mempunyai dimensi etika dan moral. 
“Beliau (Anwar) menyamakan kebimbangan Smith berkenaan moral dalam bidang ekonomi sama dengan konsep pemikir Ismail Faruqi yang menganggap ekonomi yang baik sebagai ungkapan kerohanian Islam,”lapor aktivis Kristian itu. 
Ismail Faruqi merujuk pengasas IIIT yang mati dibunuh bersama isterinya, Lois Lamya di rumah kediaman mereka Wyncote, Pennsylvania, AS pada 27 Mei 1986. 
Laman isuhot.com mengupas lanjut tentang perkaitan ketidakhadiran Anwar itu. 
“Rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember telah berlalu tanpa kehadirannya. 
“Jelas sekali Anwar tidak mengambil berat soal keadilan walaupun melibatkan diri sendiri. Namun, yang paling teruk terjejas, tentulah mangsa dalam kes ini, iaitu Saiful Bukhari,” ulas laman itu. 
Menurut isuhot.com, kebenaran mungkin telah terserlah apabila Anwar sendiri dengan memilih untuk tidak hadir ke mahkamah atas alasan menghadiri Seminar anjuran IIIT, di Washington. 
“IIIT mempunyai sejarah homoseksualnya sendiri di mana Pengerusinya, Ismail AlFaruqi telah dibunuh kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual. 
Joseph Louis Young, iaitu seorang pelajar kulit hitam yang baru memeluk Islam telah mengaku membunuh AlFaruqi dan isterinya kerana memaksa pelajar melakukan hubungan homoseksual untuk mendapatkan biasiswa. Young percaya bahawa perbuatannya adalah tepat bagi memelihara kesucian Islam.
 Sumber Klik Di Sini

Monday, 21 October 2013

BANJIR Di Tasek Gelugor !!


Berikutan hujan lebat yang bermula sejak hari sabtu yang lalu , Tasek Gelugor kini di landa banjir sehingga mengakibatkan penduduk di beberapa buah kampung perlu di pindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara yang di buka.

Berdasarkan sumber , selain dari hujan di sekitar kawasan Tasek Gelugor hujan lebat di daerah Baling Kedah juga menjadi punca kenaikan paras air secara mendadak di beberapa sungai dan ianya mengalir terus melalui hubungan di antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah di kawasan Tasek Gelugor.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Paya Tok Akil,Padang Menora,Lahar Yooi,Seberang Tok Dol,Labuh Banting,Lubuk Meriam dan beberapa kawasan sekitar.










Melalui pemantauan yang di lakukan oleh TGP tengah malam tadi pengaliran air di sungai masih berterusan dengan arus yang agak kuat dan ini memungkinkan paras air akan terus naik.Walaubagaimanapun semua agensi kerajaan seperti PDRM,Pertahanan Awam,JKR,TNB dan lain-lainnya sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sejak pagi tadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya bersama-sama dengan ADUN kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua sudah pun turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan memantau kawasan terlibat.
YB Datuk Shahbudin Yahaya berkata seramai 300 orang di 13 buah kampung telah dipindahkan ke pusat sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.
"Mereka adalah daripada 53 buah rumah di 13 kampung berhampiran Sungai Jarak yang dilanda banjit kilat akibat hujan lebat dan air sungai melimpahi kawasan berkenaan.
"Setakat ini kita salurkan bantuan segera berupa keperluan asas dan bantuan susulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan dalam tempoh terdekat," katanya.Baca Seterusnya 
Berikutan itu sebanyak 5 buah pusat penempatan mangsa banjir telah di buka melibatkan Paya Tok Akil,Desa Puri,Lubuk Meriam,Padang Menora dan Chegar. 




Dalam masa yang sama bantuan berupa makanan dan keperluan harian sudah pun di hulurkan dan akan berterusan dari masa ke semasa.



Sehingga berita ini di tulis semua mangsa sudah pun di pindahkan dan tidak ada laporan yang mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan yang di laporkan.

TGP

Wednesday, 21 August 2013

Diari Ramadhan & Syawal YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor


Seperti semua sedia maklum YB Ustaz Shabudin Yahya antara pemimpin yang turut sibuk dengan aktiviti dan program di bulan ramadhan yang lalu.Pelbagai program melibatkan masyarakat khususnya di Parlimen Tasek Gelugor telah menyebabkan beliau sering kali tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Namun bagi YB Shabudin , ini merupakan tugas beliau sebagai seorang pemimpin yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu dan ianya merupakan aktiviti atau program yang harus beliau berikan tumpuan.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar YB Shabudin selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama jenteranya turun ke kawasan dan bersama dengan rakyat sempena dengan bulan ramadhan yang lalu selain daripada program melibatkan UMNO negeri Pulau Pinang.















Dalam masa yang sama YB Ustaz Shabudin Yahya selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan seluruh jentera Wanita , Pemuda & Puteri akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 25 Ogos 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Pusat Komersial Tasek Gelugor.


Kepada semua yang kelapangan di jemput hadir ..

TGP

Saturday, 6 July 2013

1AZAM Rakyat Tasek Gelugor Terus Di Bantu


YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor terus membantu rakyat yang memerlukan apabila baru-baru ini beliau telah melapangkan masa bagi menyampaikan bantuan 1AZAM kepada 39 penerima yang telah di pilih.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu bukan sahaja membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sentiasa prihatin akan nasib rakyat malah janji yang dibuat juga di tepati.



39 penerima bantuan tersebut kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita dan ini menunjukkan bahawa kaum wanita juga turut sama-sama mampu menyumbang bagi merancakkan ekonomi khususnya orang-orang Melayu di Tasek Gelugor.

1AZAM atau program Akhiri Zaman Miskin merupakan salah satu inisiatif di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Sehingga 2 Januari 2013 statistik menunjukkan terdapat seramai 106,967 orang peserta 1AZAM di seluruh Malaysia.Manakala bagi negeri Pulau Pinang pula statistik menunjukkan seramai 2,255 orang peserta dan daripada jumlah itu seramai 290 orang adalah peserta dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Majlis bantuan 1AZAM peringkat Parlimen Tasek Gelugor turut di sertai oleh YB Omar Haji Hamid ADUN Permatang Berangan dan YB Muhamad Yusoff Mohd Nor ADUN Sungai Dua.






JANJI DI TEPATI

TGP

Monday, 3 June 2013

Kenangan PRU13 Parlimen Tasek Gelugor Part 2

 

Bilik Gerakan Induk Pemuda UMNO Tasek Gelugor, Majlis Pelancaran Unit Bermotor Jentera Gerak Gempur Barisan Nasional Tasek Gelugor. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan turut bersama-sama beliau ialah YB Ustaz Syabudin Bin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap bekas Adun Permatang Berangan yang kini merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang baru, YB Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid Adun Teluk Air Tawar, YB Dato' Haji Jasmin Mohamed bekas Adun Sungai Dua, Saudara Hasbul Hazani Ketua Pemuda Bahagian Tasek Gelugor, Dato' Zulkifli Yahya dan Barisan Exco Pemuda Bahagian Tasek Gelugor.

Peserta Konvoi bermotor.

Barisan Kepimpinan.

Tanda sokongan terhadap Barisan Nasional.

YB Ustaz Syabudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang kini merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor turut melahirkan rasa bangga dengan komitmen yang di tunjukkan oleh para pemuda dan belia yang sama-sama mahu memberikan khidmat kepada perjuangan parti.

"Kehadiran ribuan anak muda hari ini membuktikan kita akan terus mempertahankan Parlimen Tasek Gelugor dan 3 kerusi DUN yang selama ini menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional."

YB Ustaz Syabudin Yahya kemudiannya bersama-sama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop melancarkan unit bermotor jentera gerak gempur pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor. 


Para pemimpin di sambut meriah 

Lebih 1500 peserta konvoi bermotor yang bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Unit Bermotor Jentera Gerak Gempur Barisan Nasional Tasek Gelugor. Ini menunjukkan bahawa Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor mempunyai kekuatan serta sokongan daripada pemuda dan belia dari Kadun Permatang Berangan, Kadun Sungai Dua dan Kadun Teluk Air Tawar.



Ketibaan Peserta konvoi di lokasi.

Dalam ucapan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Beliau menyatakan kepada seluruh peserta konvoi bermotor bahawa beliau amat gembira apabila dapat bersama dengan 1500 peserta konvoi bermotor sekaligus menunjukkan tanda sokongan para pemuda dan belia di Parlimen Tasek Gelugor.Tan Sri juga menyatakan bahawa beliau percaya dengan sokongan yang ada pada masa kini terhadap Barisan Nasional, Tasek Gelugor akan kekal di bawah Barisan Nasional.

Peserta konvoi menanti ketibaan para pemimpin

Sebahagian peserta konvoi.

Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor di bawah pimpinan Saudara Hasbul Hazani, Ketua Pemuda Bahagia Tasik Gelugor dan Barisan Exco Pemuda Bahagia akan terus berusaha dan berjuang untuk mendapatkan kepercayaan pemuda dan belia di Parlimen Tasek Gelugor untuk terus menyokong perjuangan Barisan Nasional. Untuk PRU Ke-13 Pemuda Bahagian Tasek Gelugor akan terus menyumbang khidmat bakti untuk kemenangan Barisan Nasional di Parlimen Tasek Gelugor.

Pelancaran Unit Bermotor, Jentera Gerak Gempur Barisan Nasional Tasek Gelugor.

Turut sama memeriahkan program artis cilik dari program TV Idola Kecil.


Sebahagian peserta konvoi yang memberi sokongan terhadap Barisan Nasional.

Menyanyikan Lagu Negaraku.

Peserta konvoi dari Adun Teluk Air Tawar sedang berkumpul.

Peserta konvoi dari Adun Permatang Beranggan.

 
Peserta konvoi dari Adun Sungai Dua.

Kenangan manis para pemimpin bersama para pemuda dan belia yang sama-sama hadir dalam konvoi dan pelancaran unit bermotor jentera gerak gempur pemuda Barisan Nasional sudah pasti tidak akan di lupakan.Malah semanagat dan komitmen yang di tunjukkan menjadi satu pengalaman yang cukup indah buat semua.

Jutaan terima kasih TGP ucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan proram yang diatur dan kini masanya untuk kita sama-sama pastikan Tasek Gelugor terus menjadi simpanan tetap kepada UMNO dan Barisan Nasional di Pulau Pinang.

Terima Kasih Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ,
Terima Kasih YB Ustaz Syabudin Yahya ,

Dulu , Kini Dan Selamanya...

TGP.