Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Puteri BN GEMPUR Permatang Berangan !!!


YB Ustaz Shabudin Yahya , hari ini bersama-sama kepimpinan jentera Barisan Nasional Tasek Gelugor turun ke Pokok Tampang salah satu kawasan dalam KADUN Permatang Berangan bersama-sama Jentera Puteri Barisan Nasional dalam satu program ramah mesra dan penyampaian bantuan kepada barisan anggota Puteri BN yang memerlukan.

Program yang di rasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang Encik Tan Cheng Yeow dihadiri lebih dari 300 jentera Puteri BN merupakan sebahagian daripada gerak jentera Puteri BN dalam mendekati masyarakat.




Antara barisan pimpinan yang turut hadir dan memberikan sokongan adalah YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Dato Jasmin Mohamed ADUN Sungai Dua dan pimpinan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional dalam Tasek Gelugor.

Dengan matlamat untuk mempertahankan Tasek Gelugor dan Putrajaya program sebegini merupakan antara program susulan yang sentiasa di gerakkan oleh semua jentera khususnya Pergerakan Puteri.

TGP.

Monday, 4 February 2013

VIDEO YB Syabudin Yahya Ulas Kejahilan Karpal & Kelemahan PAS


YB Ustaz Syabudin Yahya Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap ADUN Permatang Berangan dan bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang semalam melahirkan kebimbangan beliau dengan senario terkini melibatkan kenyataan oleh Karpal Singh terhadap keputusan Majlis Syura PAS berkenaan isu kalimah Allah dan juga isu pemecatan Nasharudin Mat Isa.

Apa yang berlaku sebenarnya memperlihatkan PAS selama ini ternyata gagal mengotakan janjinya untuk memberikan kefahaman tentang Islam kepada konconya sendiri iaitu DAPigs.

Jika dulu para pimpinannya begitu hebat mencanang keseluruh negara termasuk dalam pentas-pentas forum dan sebagainya yang mereka akan berusaha untuk melakukan dakwah ternyata kini ianya hanyalah khayalan dan cakap tak serupa bikin.

Malah tindakan Karpal Singh yang mahukan supaya Majlis Syura serta parti PAS memastikan keputusan yang dibuat itu sama dengan keputusan Pakatan Haprak membuktikan betapa angkuhnya DAPigs dalam mendepani isu ini dan turut mengheret PAS ke kancah paling kronik apabila kredibiliti badan itu (Majlis Syura) kini dipertikaikan.

Berikut adalah reaksi dan ulasan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya bekas YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang terhadap isu ini.



Pakatan Haprak ternyata semakin goyah dan tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh pimpinan ketiga-tiga parti ternyata semakin pincang.Pincang kerana ketidaksefahaman diantara pemimpin mereka menyebabkan agama Islam kini menjadi bahan mainan untuk kepentingan politik.

Persoalan yang perlu ampa semua fikirkan , SIAPAKAH YANG MENGETUAI PAKATAN HAPRAK HARI INI ? WHO'S THE BOS ??

sumber MMI 


Thursday, 17 January 2013

Pemuda BN Ikrar Pertahankan Tasek Gelugor !!


Tasek Gelugor - Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor Pulau Pinang yang akan menganjurkan satu perhimpunan barisan pemuda melibatkan parti-parti komponen kini dalam rangka persiapan yang terakhir.Himpunan Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor ini merupakan julung-julung kalinya dianjurkan dan bakal menghimpunkan bukan saja barisan pemuda parti-parti komponen tetapi turut juga mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk daripada sayap-sayap wanita dan puteri.

Saudara Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sewaktu ditemui oleh TGP berkata himpunan ini bukanlah satu himpunan bagi menyaingi mana-mana himpunan sebelum ini,ianya mahu dizahirkan kerana kita tahu bahawa dalam PRU13 yang hanya menantikan masa ini satu permuafakatan dan hubungan sesama parti komponen itu amat perlu digembleng bagi memastikan Tasek Gelugor mampu menyumbang 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN kepada Barisan Nasional.

"Sedar akan betapa sengitnya pilihan raya yang bakal tiba itu maka Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor mahu memastikan jentera pemudanya bersiap sedia dan ianya akan di mulakan dengan himpunan ini bagi membuktikan taat setia kita kepada parti" katanya.

Himpunan Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan turut melibatkan semua pimpinan dalam bahagian Tasek Gelugor termasuklah kepimpinan di peringkat parti-parti komponen seperti PPP,Gerakan,MCA,MIC dan juga UMNO.

Selain dari itu Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor turut menjemput artis Aswad AF5 dan juga Hykall bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan.

Dalam masa yang sama jentera Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan dilancarkan pada hari tersebut oleh YB Ustaz Syabudin Yahya selaku Pengerusi Barisan Nasional Tasek Gelugor bersama-sama kepimpinan lain.

Semua dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan pada tarikh 19 Januari 2013 bertempat di Dewan HYO Pokok Machang Tasek Gelugor Pulau Pinang pada jam 8.00 malam.

Friday, 7 December 2012

Jelajah Janji Di Tepati Pulau Pinang


Kelihatan dalam gambar YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Ahli Parlimen Tasek Gelugor merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sedang melakukan tinjauan bagi persiapan Program Janji Di Tepati yang akan diadakan pada 8 Disember 2012 bertempat di Padang Kawad USM Pulau Pinang.

Program tersebut akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 10.00 pagi besok.


Kepada semua rakyat Pulau Pinang , jom sama-sama kita hadir memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri yang kita sayangi.Jumpa TGP di sana..

Wednesday, 5 December 2012

Salam Memulakan Rentak


Salam perjuangan buat semua semoga kita akan terus dirahmati oleh Allah swt.Tasek Gelugor Portal memohon izin semua untuk sama-sama bangun berjuang bagi memperkasakan maruah bangsa,memartabatkan agama Islam dan mempertahankan kemerdekaan yang kini makin di carik-carik oleh segelintir mereka di luar sana.

Maka dengan kesedaran itu maka lahirlah Tasek Gelugor Portal khusus bagi memberikan input dan menyampaikan maklumat berkaitan suasana politik dalam parlimen Tasek Gelugor apatah lagi dalam suasana yang semakin hampir dengan pilihan raya ke-13.

Semoga Tasek Gelugor Portal dapat menyumbang sesuatu kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional di bumi Tasek Gelugor.

Rentak bakal di mulakan...

Terima kasih.