Showing posts with label YB Muhamad Yusoff Mohd Nor. Show all posts
Showing posts with label YB Muhamad Yusoff Mohd Nor. Show all posts

Saturday, 10 January 2015

UMNO Tasek Gelugor Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan Perda Venture Sdn. Bhd., menghantar kira-kira 200 anggota bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Majlis Pelancaran Misi Sukarela dan Bantuan Banjir ke Pantai Timur itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shabudin Yahaya di Pusat Komersial Tasek Gelugur di sini hari ini.

Yang turut menyertai misi berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Dua, Mohamad Yusoff Mohd. Noor dan ADUN Permatang Berangan Omar Abdul Hamid.

Shabudin berkata, pihaknya menggunakan 20 buah kenderaan, sebuah bas, empat buah lori, dua van dan beberapa kenderaan pacuan empat roda untuk membantu mangsa banjir terbabit.


Katanya, misi selama empat hari itu melibatkan pemberian bantuan makanan termasuk peralatan barangan dapur dan bantuan kerja pembersihan kawasan yang dilanda banjir membabitkan peruntukan berjumlah RM70,000.

"Kita prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi," katanya di sini.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata, bantuan itu akan diserahkan kepada penduduk yang masih memerlukan bantuan terutama makanan.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu membersihkan kawasan rumah di situ selepas dilanda banjir supaya penduduk dapat tinggal dalam keadaan selesa. 

Monday, 21 October 2013

BANJIR Di Tasek Gelugor !!


Berikutan hujan lebat yang bermula sejak hari sabtu yang lalu , Tasek Gelugor kini di landa banjir sehingga mengakibatkan penduduk di beberapa buah kampung perlu di pindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara yang di buka.

Berdasarkan sumber , selain dari hujan di sekitar kawasan Tasek Gelugor hujan lebat di daerah Baling Kedah juga menjadi punca kenaikan paras air secara mendadak di beberapa sungai dan ianya mengalir terus melalui hubungan di antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah di kawasan Tasek Gelugor.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Paya Tok Akil,Padang Menora,Lahar Yooi,Seberang Tok Dol,Labuh Banting,Lubuk Meriam dan beberapa kawasan sekitar.










Melalui pemantauan yang di lakukan oleh TGP tengah malam tadi pengaliran air di sungai masih berterusan dengan arus yang agak kuat dan ini memungkinkan paras air akan terus naik.Walaubagaimanapun semua agensi kerajaan seperti PDRM,Pertahanan Awam,JKR,TNB dan lain-lainnya sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sejak pagi tadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya bersama-sama dengan ADUN kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua sudah pun turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan memantau kawasan terlibat.
YB Datuk Shahbudin Yahaya berkata seramai 300 orang di 13 buah kampung telah dipindahkan ke pusat sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.
"Mereka adalah daripada 53 buah rumah di 13 kampung berhampiran Sungai Jarak yang dilanda banjit kilat akibat hujan lebat dan air sungai melimpahi kawasan berkenaan.
"Setakat ini kita salurkan bantuan segera berupa keperluan asas dan bantuan susulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan dalam tempoh terdekat," katanya.Baca Seterusnya 
Berikutan itu sebanyak 5 buah pusat penempatan mangsa banjir telah di buka melibatkan Paya Tok Akil,Desa Puri,Lubuk Meriam,Padang Menora dan Chegar. 




Dalam masa yang sama bantuan berupa makanan dan keperluan harian sudah pun di hulurkan dan akan berterusan dari masa ke semasa.



Sehingga berita ini di tulis semua mangsa sudah pun di pindahkan dan tidak ada laporan yang mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan yang di laporkan.

TGP

Wednesday, 21 August 2013

Diari Ramadhan & Syawal YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor


Seperti semua sedia maklum YB Ustaz Shabudin Yahya antara pemimpin yang turut sibuk dengan aktiviti dan program di bulan ramadhan yang lalu.Pelbagai program melibatkan masyarakat khususnya di Parlimen Tasek Gelugor telah menyebabkan beliau sering kali tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Namun bagi YB Shabudin , ini merupakan tugas beliau sebagai seorang pemimpin yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu dan ianya merupakan aktiviti atau program yang harus beliau berikan tumpuan.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar YB Shabudin selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama jenteranya turun ke kawasan dan bersama dengan rakyat sempena dengan bulan ramadhan yang lalu selain daripada program melibatkan UMNO negeri Pulau Pinang.















Dalam masa yang sama YB Ustaz Shabudin Yahya selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan seluruh jentera Wanita , Pemuda & Puteri akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 25 Ogos 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Pusat Komersial Tasek Gelugor.


Kepada semua yang kelapangan di jemput hadir ..

TGP

Monday, 29 July 2013

RAMADHAN ~ UMNO TASEK GELUGOR Rai 200 Anggota TUDM


Kira-kira 200 pegawai dan anggota Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) Butterworth diraikan dalam majlis Mesra Ramadan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Pangsapuri Seri Bayu di sini semalam.

Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa golongan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, pengorbanan dan usaha murni anggota tentera kepada agama, bangsa dan negara wajar dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

"Peranan anggota tentera adalah sangat besar dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

"Sehubungan itu, segala jasa dan pengorbanan mereka perlulah dihargai supaya mereka akan lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada negara," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff.

Selain bacaan tahlil, Shabudin turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota tentera.





TGP

Saturday, 6 July 2013

1AZAM Rakyat Tasek Gelugor Terus Di Bantu


YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor terus membantu rakyat yang memerlukan apabila baru-baru ini beliau telah melapangkan masa bagi menyampaikan bantuan 1AZAM kepada 39 penerima yang telah di pilih.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu bukan sahaja membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sentiasa prihatin akan nasib rakyat malah janji yang dibuat juga di tepati.



39 penerima bantuan tersebut kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita dan ini menunjukkan bahawa kaum wanita juga turut sama-sama mampu menyumbang bagi merancakkan ekonomi khususnya orang-orang Melayu di Tasek Gelugor.

1AZAM atau program Akhiri Zaman Miskin merupakan salah satu inisiatif di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Sehingga 2 Januari 2013 statistik menunjukkan terdapat seramai 106,967 orang peserta 1AZAM di seluruh Malaysia.Manakala bagi negeri Pulau Pinang pula statistik menunjukkan seramai 2,255 orang peserta dan daripada jumlah itu seramai 290 orang adalah peserta dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Majlis bantuan 1AZAM peringkat Parlimen Tasek Gelugor turut di sertai oleh YB Omar Haji Hamid ADUN Permatang Berangan dan YB Muhamad Yusoff Mohd Nor ADUN Sungai Dua.






JANJI DI TEPATI

TGP