Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Wednesday, 19 June 2013

YB Dato Jahara Cipta Sejarah Ketua Pembangkang Wanita Pertama Di Pulau Pinang


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Air Tawar Datuk Jahara Hamid dilantik ketua pembangkang Pulau Pinang yang baharu, menggantikan Adun Penaga Datuk Azhar Ibrahim yang bersara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sebelum ini, pihaknya mengenal pasti beberapa calon untuk mengisi jawatan itu dan mengemukakannya kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Setelah menunggu keputusan dari pucuk pimpinan, kita sudahpun mendapat keputusan bahawa Perdana Menteri telah memberi persetujuan memilih Jahara sebagai ketua pembangkang.

“Kita amat gembira dengan pelantikan itu kerana ia menjadi sejarah di Malaysia apabila wanita dilantik sebagai ketua pembangkang di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pelantikan Jahara juga membuktikan UMNO mengiktiraf pemimpin wanita. Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang juga memberi kepercayaan penuh kepada Jahara melakukan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan bangsa.

“Kita yakin dan percaya Jahara akan dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya, serta menjadi wakil untuk semua kaum di negeri ini dalam apa jua isu untuk disuarakan di dalam DUN, dan pemilihan beliau dibuat berdasarkan pengalamannya dalam bidang politik,” katanya.

Jahara, yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Sukan kerajaan negeri semasa BN memerintah Pulau Pinang, merupakan wakil rakyat bagi Teluk Air Tawar sejak lima penggal lepas.sumber 

Tahniah TGP ucapkan pada YB Dato Jahara.

TGP

Tuesday, 18 June 2013

Laungan "1 Melayu" Bergema Dalam Taklimat Pemilihan Parti Di Pulau Pinang


Satu Taklimat pemilihan parti UMNO telah diadakan di Kompleks Tabung Haji , Bayan Lepas baru-baru ini bagi seluruh jentera UMNO peringkat negeri Pulau Pinang.Taklimat Pemilihan Parti tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Rata-rata pimpinan parti di peringkat akar umbi yang hadir jelas bersemangat bagi mendengar taklimat tersebut dan paling menarik apabila ianya di mulakan dengan laungan "1 Melayu " yang di laungkan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dalam ucapan alu-aluannya.

UMNO di semua peringkat bakal mengadakan pemilihannya pada tahun ini dan ianya merupakan kali pertama pemilihan parti di jalankan mengikut perlembagaan baru parti.Sejajar dengan itu taklimat ini diadakan bagi memberikan penerangan awal bagaimana ahli-ahli UMNO di semua peringkat akan bersidang.

Taklimat Pemilihan Parti UMNO pada kali ini amat terperinci dalam menjadikan pemilihan parti yang bersih. Ini kerana semua penambah baikan didalam sistem permilihan parti bagi mengelakkan berlakunya penipuan atau lebih dikenali sebagai pengundi hantu.









Seramai 2 ribu ahli UMNO daripada semua sayap parti telah hadir di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru untuk mendengar sesi taklimat pemilhan parti tersebut.

Selamat bersidang !

TGP