Setelah dikenakan dua pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan ucapan menghina pemimpin Umno secara keterlaluan , RSN Rayer hari ini mengecam pemimpin yang menggunakan undang-undang secara zalim terhadap beliau.
Rayer menganggap pertuduhan yang dikenakan padanya hanyalah permainan politik kotor Umno dan Barisan Nasional.
Untuk rekod RSN Rayer telah dikenakan dua pertuduhan berikutan ucapannya yang menghina orang Melayu dan pemimpin Umno semasa kempen PRK Bukit Gelugor dan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari.
Untuk pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Zulhazmi Abdullah mendakwa Rayer di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang DUN 20 Mei lalu.
Manakala pertuduhan kedua menurut Hakim Zanarian Hussain adalah berhubung ucapan Rayer di Jalan Sri Delima, ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor 22 Mei lalu.
Rayer kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan perbicaraan bersambung pada 17 Oktober depan.
Terdahulu Rayer telah mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu apabila dalam ucapanya telah dan sengaja malah secara jelas menyebut "Celaka Umno" pada ketika sidang dewan dan juga di pentas ceramah.
Beliau kemudiannya telah diminta untuk segera membuat permohonan maaf terhadap orang Melayu namun kerana kedegilannya , orang-orang Melayu telah bangun untuk mendesak Rayer membuat permohonan maaf.
Api kemarahan yang dicetuskan oleh Rayer itu telah menyebabkan berlakunya insiden rempuhan ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan juga perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Malah laporan Polis turut dibuat oleh banyak pihak berikutan keceluparan Rayer yang menghina orang Melayu.
Sekiranya Rayer membuat tuduhan bahawa pemimpin Umno menggunakan undang-undang secara zalim , selayaknya tuduhan itu digunakan terhadap Rayer sendiri.Ini kerana beliaulah yang mencetuskan keadaan sedemikian dan pada ketika beliau punya ruang untuk meredakan kemarahan orang-orang Melayu dengan membuat permohonan maaf , beliau dengan egonya langsung tidak berbuat demikian.
Sikap Rayer yang turut mempertikaikan pihak pendakwaan berkenaan kekebalannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri juga menunjukkan betapa pemimpin DAP ini begitu biadap dan langsung tidak punya sebarang niat untuk mengaku kesalahan sendiri.
Apakah tindakan terhadap Rayer yang mengikut saluran undang-undang ini juga dianggap sebagai zalim ?
Jika itulah definisi zalim bagi Rayer maka orang Melayu juga rasanya berhak menganggap penghinaan beliau sebelum ini dengan mencelakan pemimpin Umno sebagai satu tindakan zalim kerana penghinaan terhadap Umno bererti beliau turut menghina 3 juta ahli Umno yang lain diseluruh negara.
SUMBER
No comments:
Post a Comment