Friday, 20 December 2013

Himpunan Guling Kerajaan Dapat Sambutan Pemuda UMNO PP...??? @khairykj @azwanbro @rrafizal @dzainalabidin @drnovandri


Pemuda UMNO Pulau Pinang yang diketuai Sdr. Rafizal Abd Rahim merangkap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan polis berkenaan isu "Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013". 

Beliau juga mendesak agar pihak PDRM mengabil tindakkan segera dan menyiasat sebarang ancaman oleh penganjur himpunan guling kerajaan tersebut. Ini adalah kerana untuk memastikan bahawa tiada sebarang kekecohan yang bakal berlaku seperti mana kita sedia maklum apa yang berlaku semasa himpunan "BERSIH".

Menurut beliau lagi, tindakan perlu diambil dalam mempertahankan kerajaan Persekutuan yang telah dipilih secara demokratik dan pertukaran kerajaan tidak boleh dilakukan melalui kekerasan dan demontrasi jalanan.

Dengan itu, pihak PDRM seharusnya melakukan sesuatu dalam menggelakkan kejadian-kejadian yang tidak di ingini semasa perhimpunan tersebut, demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.


Di antara poster-poster yang telah di edarkan melalui media cetak dan media massa :-






Jangan kita mengikut perasaan. Pasti Binasa jadinya.
Fikirkan anak-anak cucu-cucu kita akan datang, dimanakah mereka akan hidup jika negara kita bergolak seperti kita lihat apa yang berlaku di negara-negara islam yang lain...???

UMNO Ubah Kalimah Allah...???


Cuba kita lihat apa yang terdapat didalam poster di atas? Poster tersebut telah di ubah suai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cuba menjatuhkan UMNO. Sekali tengok memang kita tidak akan perasan, tapi apabila kita renung dan lihat secara betul-betul kita akan perasan bahawa di ejaan "Kalimah Allah" huruf "Alif" telah di tukar kepada nombor "1".

Ini adalah salah satu perbuatan kurang ajar yang mahu menjatuhkan "UMNO".  Bertaubatlah kepada sesiapa yang melakukan perbuatan keji ini. Ini melibatkan maruah Agama Islam. Jangan sampai penganut agama lain gelak kepada kita "Agama Islam", dan mereka senang untuk memecah-belahkan Agama Islam.

Jika mahu lakukan sesuatu fikir sedalam-dalamnya, bukan main hentam saja. Macam mana Umat Islam mahu bersatu jika diantara Umat Islam pun menjadi musuh antara satu sama lain.

Ingtlah bahawa Kaum Khafir sentiasa berusaha dalam menjatuhkan Agama Islam. Menyesatkan Iman Umat Islam agar menjadi Khafir seperti mereka.

Klik Di Sini

Kenapa Ustaz Kazim Di Samakan Dengan B*B*...???


Kenapa sampai sekarang Ustaz Kazim Elias di persalahkan tentang isu status beliau sebagai ahli PAS?

Baru-baru ini Ustaz Kazim ditawarkan jawatan Majlis Tertinggi Di dalam UMNO Malayasia, tetapi beliau menolak tawaran tersebut atas dasar hormat dengan amanat arwah ibu beliau. Malah beliau juga menyatakan akan terus berdakwah bersama-sama selagi parti itu tidak menyimpang dari jalan Allah SWT.

Yang menjadi isu hangat adalah apabila status beliau sebagai ahli PAS seumur hidup telah di pertikaikan oleh pihak PAS sendiri. Di atas alasan Ustaz Kazin tidak mahu membesar-besarkan perkara tersebut beliau telah mengistiharkan bahawa beliau akan keluar parti PAS.

Beliau hanya mengumumkan keluar daripada PAS akibat daripada rasa kecewa dan kesal beliau terhadap ada dari kalangan ahli dan pemimpim PAS yang melemparkan fitnah dan kejian yang keterlaluan terhadapnya

Ustaz Kazim Elias juga turut menempelak pihak yang memfitnah, mengumpat, mencaci dan mengutuk beliau seolah-olah beliau seorang yang sangat jahat.

Kata-Kata kesal Ustaz Kazim Elias :-

“Atas kata nista itu saya serahkan pada Allah".
“Sampai hati panggil saya ustaz khinzir… Wallahi
saya mengadu pada Allah atas kata-kata kalian.
“Inikah yang dikatakan perjuangan Islam? Memaki
dan memfitnah?”

“Bagi yang perasan telah sempurna iman sampai
boleh kata orang lain munafik, bakal ahli neraka,
babi, anjing dan lain-lain, ingatlah akhirat itu ada
dan Allah akan membalasnya."


Jika kita lihat PAS membawa Agama Islam. Tapi sekarang kita boleh lihat sendri apa sudah jadi dengan pembawakan PAS. Semakin lama semakin jauh menyimpang. Fitnah dan caci maki umpama makan harian mereka. memberi gelaran kepada orang lain sesuka hati mereka. PAS yang dulu tidak sama dengan PAS yang sekarang.

Jangan Membenci seseorang tersebut akibat dair kemarahan kita...
Jangan Menghukum orang akibat dari kemahuan kita tidak dituruti...
Bersangka baik adalah lebih mulia dari bersangka buruk...

Thursday, 19 December 2013

DAP Ada Agenda Tersembunyi...???


Cuba kita lihat betul-betul apa yang tertera di kain rentang di atas? Kenapa Perkataan "JESUS a Saviour is Born" di cetak lebih besar dari perkataan lain?

Adakah ianya hanya ditujukan kepada penganut agama kristian atau mahu mencari lebih ramai penganut agama lain untuk turut serta dengan mereka?

segala macam persoalan bermain di minda kita semua, kerana kita semua sedia maklum bahawa Pulau Pinang merupakan tempat utama penganut agama kristian bebas untuk melakukan apa sahaja untuk menyesatkan penganut agama lain terutamanya yang Beragama Islam.

Penulis bukannya mahu menyekat atau menidakkan perayaan penganut agama di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai Bangsa dan Kaum yang menganuti pelbagai jenis Agama.

Akan tetapi penulis hanya pelik dan hairan kenapa perayaan tersebut dilakukan secara terbuka di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP. Mungkin ada agenda tersembunyi yang mahu dilakukan? Itu kita semua akan terfikir-fikirkan.

Jika dilihat akan ketidak setujuan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Kita mungkin terfikir kembali apa agenda yang mereka mahu lakukan? Agenda yang mempunyai seribu satu makna? 

Buat pembaca semua, berhati-hatilah akan helah-helah yang cuba dilakukan oleh Kerajaan DAP. Jangan sampai agama kita tergadai dengan pujuk rayu mereka.

Sumber Klik Di Sini