Friday 20 December 2013

Kenapa Ustaz Kazim Di Samakan Dengan B*B*...???


Kenapa sampai sekarang Ustaz Kazim Elias di persalahkan tentang isu status beliau sebagai ahli PAS?

Baru-baru ini Ustaz Kazim ditawarkan jawatan Majlis Tertinggi Di dalam UMNO Malayasia, tetapi beliau menolak tawaran tersebut atas dasar hormat dengan amanat arwah ibu beliau. Malah beliau juga menyatakan akan terus berdakwah bersama-sama selagi parti itu tidak menyimpang dari jalan Allah SWT.

Yang menjadi isu hangat adalah apabila status beliau sebagai ahli PAS seumur hidup telah di pertikaikan oleh pihak PAS sendiri. Di atas alasan Ustaz Kazin tidak mahu membesar-besarkan perkara tersebut beliau telah mengistiharkan bahawa beliau akan keluar parti PAS.

Beliau hanya mengumumkan keluar daripada PAS akibat daripada rasa kecewa dan kesal beliau terhadap ada dari kalangan ahli dan pemimpim PAS yang melemparkan fitnah dan kejian yang keterlaluan terhadapnya

Ustaz Kazim Elias juga turut menempelak pihak yang memfitnah, mengumpat, mencaci dan mengutuk beliau seolah-olah beliau seorang yang sangat jahat.

Kata-Kata kesal Ustaz Kazim Elias :-

“Atas kata nista itu saya serahkan pada Allah".
“Sampai hati panggil saya ustaz khinzir… Wallahi
saya mengadu pada Allah atas kata-kata kalian.
“Inikah yang dikatakan perjuangan Islam? Memaki
dan memfitnah?”

“Bagi yang perasan telah sempurna iman sampai
boleh kata orang lain munafik, bakal ahli neraka,
babi, anjing dan lain-lain, ingatlah akhirat itu ada
dan Allah akan membalasnya."


Jika kita lihat PAS membawa Agama Islam. Tapi sekarang kita boleh lihat sendri apa sudah jadi dengan pembawakan PAS. Semakin lama semakin jauh menyimpang. Fitnah dan caci maki umpama makan harian mereka. memberi gelaran kepada orang lain sesuka hati mereka. PAS yang dulu tidak sama dengan PAS yang sekarang.

Jangan Membenci seseorang tersebut akibat dair kemarahan kita...
Jangan Menghukum orang akibat dari kemahuan kita tidak dituruti...
Bersangka baik adalah lebih mulia dari bersangka buruk...

No comments:

Post a Comment