Friday 20 December 2013

Himpunan Guling Kerajaan Dapat Sambutan Pemuda UMNO PP...??? @khairykj @azwanbro @rrafizal @dzainalabidin @drnovandri


Pemuda UMNO Pulau Pinang yang diketuai Sdr. Rafizal Abd Rahim merangkap Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang telah membuat laporan polis berkenaan isu "Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013". 

Beliau juga mendesak agar pihak PDRM mengabil tindakkan segera dan menyiasat sebarang ancaman oleh penganjur himpunan guling kerajaan tersebut. Ini adalah kerana untuk memastikan bahawa tiada sebarang kekecohan yang bakal berlaku seperti mana kita sedia maklum apa yang berlaku semasa himpunan "BERSIH".

Menurut beliau lagi, tindakan perlu diambil dalam mempertahankan kerajaan Persekutuan yang telah dipilih secara demokratik dan pertukaran kerajaan tidak boleh dilakukan melalui kekerasan dan demontrasi jalanan.

Dengan itu, pihak PDRM seharusnya melakukan sesuatu dalam menggelakkan kejadian-kejadian yang tidak di ingini semasa perhimpunan tersebut, demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.


Di antara poster-poster yang telah di edarkan melalui media cetak dan media massa :-






Jangan kita mengikut perasaan. Pasti Binasa jadinya.
Fikirkan anak-anak cucu-cucu kita akan datang, dimanakah mereka akan hidup jika negara kita bergolak seperti kita lihat apa yang berlaku di negara-negara islam yang lain...???

No comments:

Post a Comment