Sunday 3 February 2013

DAP Pinggirkan Rakyat - YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop



TASEK GELUGOR - Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditadbir DAP, hanya mementingkan politik dan tidak mengutamakan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di sini, hari ini.

Beliau berkata, ini terbukti apabila dalam tempoh lima tahun parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, tiada usaha dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik di Pulau Pinang.

"Apabila DAP ambil alih Pulau Pinang, kami (kerajaan persekutuan) fikir mereka (DAP) akan menyambung usaha yang telah dibuat dahulu tetapi sudah terbukti setelah lima tahun mereka tidak buat apa-apa untuk atasi masalah rumah mampu milik.

"Apabila ada agensi kerajaan persekutuan yang mahu bina rumah mampu milik yang sesuai dengan kemampuan rakyat, mereka tidak bagi bina, letak pelbagai syarat pula tetapi pada masa sama mereka (kerajaan DAP) sendiri pun tidak buat juga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Pulau Pinang untuk diagih kepada penerima bantuan di kawasan masing-masing.

"Apa yang ada dalam fikiran mereka hanya politik semata-mata, ini semua hipokrasi, cakap lain dan buat lain," katanya.

No comments:

Post a Comment