Saturday 30 March 2013

Dekat Di Mata Dekat Di Hati


Sungai Dua - 23 Mei 2013 - Program Dekat Di Mata Dekat Di Hati yang telah dianjurkan bersama oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Biro Pendidikan Wanita Bahagian Tasek Gelugor semalam berjaya. 

*Barisan Tetamu Kehormat.

Program Dekat Di Mata Dekat Dihati ini dihadiri oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB. Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid, Ketua Wanita Bahagian Tasek Gelugor merangkapADUN Teluk Air Tawar, YB Dato' Haji Jasmin Bin Mohamed, ADUN Sungai Dua, En Abdul Shukor Bin Ibrahim, Ketua Seksyen Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Kepimpinan peringkat bahagian dan ketua-ketua wanita cawangan.

 *Keprihatin Tan Sri Terhadap Generasi Muda.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Penerima Sumbangan YPM.

*Penerima sumbangan YPM.

Program Dekat Di Mata Dekat Di Hati ini memberikan sumbangan berbentuk kewangan yang bernilai RM100 kepada setiap pelajar bumiputera di kawasan Tasek Gelugor. Ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga setiap penerima. Sumbangan ini disalurkan oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

*YB. Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid.

YB Dato' Hjh Jahara Binti Hamid dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Ini merupakan langkah yang terbaik untuk membantu pelajar-pelajar lebih selesa untuk terus belajar. 

YB Dato' Hjh Jahara turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia dan kepimpinan YB Tan Sri Nor Mohamed Yackop kerana berjaya membawa begitu banyak perubahan  di Parlimen Tasek Gelugor. Sumbangan yang disalurkan lebih kepada bentuk pendidikan untuk menjamin masa depan generasi muda. Selain itu, YB Dato' Hjh Jahara turut menyeru kepada setiap yang hadir senstiasa memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azizah yang telah bertungkus lumus didalam kejayaan program ini.

*YB Dato' Haji Jasmin Mohamed.

YB Dato' Haji Jasmin Bin Mohamed memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesihatan yang baik kepada semua yang terlibat di dalam program ini. Beliau juga sempat memberi amanat kepada semua tetamu yang hadir agar sentiasa menyokong Barisan Nasional. Dato' Hj Jasmin juga turut mengucapkan  terima kasih kepada MARA kerana banyak memberi bantuan kepada Bumiputera terutamanya di Parlimen Tasek Gelugor selain daripada di atas keprihatinan YB Tan Sri yang juga telah membawa banyak perubahan dari segi pendidikan untuk generasi muda supaya terus maju di dalam bidang pendidikan.

*YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan lama UMNO yang telah banyak membawa perubahan kepada Bangsa Melayu, terutamanya kepimpinan Allahyarham Tengku Abdul Rahman yang telah meletakan banyak keistimewaan kepada orang melayu dan agama Islam. Tan Sri juga memberi contoh yang terbaik didalam sejarah hidup beliau, dengan menyatakan bahawa pihak MARA telah banyak menyumbang kepada beliau semasa beliau mahu menyambung pelajaran didalam bidang ekonomi. Beliau telah menerima bantuan sebanyak RM 1,800.00 untuk beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program tranfomasi yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan YB Dato' Sri Najib Tun Razak.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Ibu Bapa sedang menukar kupon sumbangan.

*Ibu Bapa sedang menukar kupon sumbangan.

TGP

No comments:

Post a Comment