Saturday 30 March 2013

Penjaja Kecil Di Teluk Air Tawar Bakal Nikmati Gerai Baru


Teluk Air Tawar- 29 Mac 2013-Majlis Pecah Tanah Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M) Gerai Emba telah diadakan di kawasan Pantai Bersih Bagan Ajam petang tadi.Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor meriah dengan kehadiran lebih dari 300 ratus penduduk dan penjaja terlibat.Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Dato' Jahara Binti Hamid ADUN Teluk Air Tawar,kepimpinan Barisan Nasional dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri Dan Koperasi Tuan Mohd Saleh Bin Makmur.

 *Barisan Tetamu Kehormat.

*Para Tetamu yang hadiri.

*Tetamu yang hadir.

PP1M merupakan satu program dari kerajaan persekutuan untuk membantu penjaja kecil bagi meningkatkan taraf ekonomi para penjaja khususnya di Teluk Air Tawar.Kerajaan pusat telah memperuntukan RM7 juta bagi menjalankan projek ini diseluruh Malaysia.

*Ucapan YB Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid.

Dalam ucapan YB Dato' Jahara,beliau bersama hadirin telah menghadiahkan al-fatihah kepada Tuan Haji Yusof selaku pengasas kepada projek usahawan melayu (EMBA) yang telah kembali ke ramatullah.Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana telah membawa banyak perubahan kepada peniaga-peniaga kecil di Parlimen Tasek Gelugor dan khususnya kepada peniaga-peniaga yang berada di kawasan Bagan Ajam.

Selain dari itu beliau juga memuji kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang banyak memperuntukan bantuan bagi menaik taraf pendapatan rakyat dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.Ini menandakan kerajaan Barisan Nasional tidak melupakan rakyat yang berada didalam kesusahan.Di akhir ucapan,beliau merayu kepada rakyat terutamanya penjaja kecil untuk sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin kerajaan Malaysia.

*Ucapan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu dalam ucapan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop , beliau telah mengumumkan kerajaan sedang mengaturkan 2 projek naik taraf bagi penjaja-penjaja kecil di negeri Pulau Pinang manakala hanya 1 projek di negeri-negeri lain.Ini menandakan rakyat beruntung kerana kerajaan pusat memberikan tumpuan yang lebih kepada nasib rakyat di Pulau Pinang.

YB Tan Sri juga berterima kasih kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor terutamanya pengundi-pengundi di kawasan Teluk Air Tawar kerana memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas.Beliau juga merayu kepada rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional supaya dapat meneruskan perkhimatan  kepada rakyat Malaysia.Setelah selesai memberi ucapan,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M).

 *Perjalanan Program.

 *Sumbangan yang diberikan.

 *YB Tan Sri menandatangani plat majlis pecah tanah.

 *Simbolik pecah tanah oleh YB Tan Sri.

*YB Tan Sri Merasmikan majlis pecah tanah.

TGP

No comments:

Post a Comment