Thursday 19 December 2013

Mahu Tidak Mahu Kena Terima Jugak La...


BUTTERWORTH: Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man mahu pemimpin dan anggota parti itu memberikan kerjasama kepada Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu.

Mohd Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata keputusan PAS pusat untuk melantik Mohamad adalah tepat.

"Tujuh tahun saya menerajui kepimpinan PAS Pulau Pinang dan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada pemimpin seperti Mat Sabu memimpin pucuk pimpinan PAS di negeri ini dan saya sedia bekerjasama dengan beliau.

"Saya juga berharap beliau dapat mengukuhkan hubungan antara tiga parti yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat supaya tidak merencatkan agenda PAS di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada Selasa mengumumkan pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selepas diputuskan dalam mesyuarat tertinggi PAS Pusat.

Mustafa berkata pelantikan itu sebagai satu 'ubah suai' dalam struktur organisasi PAS negeri berkenaan.


*Agaknya pengikut-pengikut Mat Sabu nie buta hati agaknya. Sampaikan tidak boleh tentukan yang man baik dan yang mana buruk. Pengikut Syiah juga mereka sanjung untuk jadi pemimpin. Agama Islam sekarang sudah dijual beli.

No comments:

Post a Comment