Thursday 28 August 2014

RSN Rayer Mulut Tak Ada Insurang...!!!

Setelah dikenakan dua pertuduhan dibawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan ucapan menghina pemimpin Umno secara keterlaluan , RSN Rayer hari ini mengecam pemimpin yang menggunakan undang-undang secara zalim terhadap beliau.

Rayer menganggap pertuduhan yang dikenakan padanya hanyalah permainan politik kotor Umno dan Barisan Nasional.

Untuk rekod RSN Rayer telah dikenakan dua pertuduhan berikutan ucapannya yang menghina orang Melayu dan pemimpin Umno semasa kempen PRK Bukit Gelugor dan ketika Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari.

Untuk pertuduhan pertama, Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Zulhazmi Abdullah mendakwa Rayer di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan itu ketika sidang DUN 20 Mei lalu.

Manakala pertuduhan kedua menurut Hakim Zanarian Hussain adalah berhubung ucapan Rayer di Jalan Sri Delima, ketika kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor 22 Mei lalu.

Rayer kemudiannya mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut dan perbicaraan bersambung pada 17 Oktober depan.

Terdahulu Rayer telah mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu apabila dalam ucapanya telah dan sengaja malah secara jelas menyebut "Celaka Umno" pada ketika sidang dewan dan juga di pentas ceramah.

Beliau kemudiannya telah diminta untuk segera membuat permohonan maaf terhadap orang Melayu namun kerana kedegilannya , orang-orang Melayu telah bangun untuk mendesak Rayer membuat permohonan maaf.

Api kemarahan yang dicetuskan oleh Rayer itu telah menyebabkan berlakunya insiden rempuhan ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan juga perhimpunan di hadapan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Malah laporan Polis turut dibuat oleh banyak pihak berikutan keceluparan Rayer yang menghina orang Melayu.

Sekiranya Rayer membuat tuduhan bahawa pemimpin Umno menggunakan undang-undang secara zalim , selayaknya tuduhan itu digunakan terhadap Rayer sendiri.Ini kerana beliaulah yang mencetuskan keadaan sedemikian dan pada ketika beliau punya ruang untuk meredakan kemarahan orang-orang Melayu dengan membuat permohonan maaf , beliau dengan egonya langsung tidak berbuat demikian.

Sikap Rayer yang turut mempertikaikan pihak pendakwaan berkenaan kekebalannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri juga menunjukkan betapa pemimpin DAP ini begitu biadap dan langsung tidak punya sebarang niat untuk mengaku kesalahan sendiri.

Apakah tindakan terhadap Rayer yang mengikut saluran undang-undang ini juga dianggap sebagai zalim ?

Jika itulah definisi zalim bagi Rayer maka orang Melayu juga rasanya berhak menganggap penghinaan beliau sebelum ini dengan mencelakan pemimpin Umno sebagai satu tindakan zalim kerana penghinaan terhadap Umno bererti beliau turut menghina 3 juta ahli Umno yang lain diseluruh negara.

SUMBER

SULTAN MELAKA LANTIK WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR MELAKA...???


Agak menarik apa yang berlaku di pentadbiran Negeri Selangor sekarang ini, perebutan kuasa yang menyasikkan perbalahan di dalam Parti PKR sendiri sehinggakan sanggup memecat ahlinya sendiri iaitu Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid Ibrahim.

Apa yang berlaku di Selangor hanyalah perebutan kuasa oleh DS Anwar Ibrahim untuk meletakkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Sekaligus rakyat dapat menyaksikan bagaimana kegilaan kuasa pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang sanggup membelakangi titah Sultan Selangor sendiri.

Kini DS Anwar dan isteri beliau tidak perlu risau lagi, kerana Sultan Melaka sudah pekenan untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Melaka, DS Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Persatuan Wanita dan tidak dilupakan Nurul Izzah sebai permaisuri Sultan Melaka.

Ini adalah berita baik untuk DS Anwar dan keluarga, tidak dilupakan kepada penyokong PKR yang sememangnya akan gembira dengan khabar berita ini.

NEPOTISME HALAL BAGI PAKATAN RAKYAT


Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Dr.  Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan kepimpinan pembangkang yang mendakwa pencalonan Datin Seri Wan Azizah merupakan neoptisme halal dalam usaha pakatan pembangkang untuk menjadikan isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, dakwaan tersebut secara jelas memperlihatkan bahawa bagi pakatan pembangkang terutama Pas dan PKR, halal dan haram mereka adalah bergantung kepada situasi dan survival politik kepartian mereka.

“Jika keadaan itu menguntungkan mereka, maka segala perkara yang mereka lakukan adalah halal walaupun jelas ianya bertentangan dengan prinsip. Contohnya macam kisah Pas yang u-turn daripada sokongan kepada Tan Sri Khalid kepada Wan Azizah, biarpun jelas apa hukumnya di dalam Islam tentang berketuakan seorang wanita, namun Pas akhirnya bersetuju juga dengan pencalonan Wan Azizah.

“Nampaknya hari ini, mereka cuba mengeluarkan fatwa baru dengan mendakwa sebagai nepotisme halal demi untuk membenarkan perbuatan ketua mereka, Anwar untuk meletakkan isteri sendiri menjadi MB di Selangor.

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi“Inilah sikap kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak pernah konsisten, serta senang-senang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi kepentingan politik mereka. Inilah yang dikatakan pendekatan politik, matlamat menghalalkan cara yang diambil dari falsafah politik Machiavelli,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jika beginilah sikap dan pemikiran mereka, maka tidak mustahillah satu hari nanti kepimpinan pembangkang sanggup menghalalkan apa yang haram di dalam agama demi kepentingan politik kepartian mereka, jelasnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu.

“Hari ini mereka kata nepotisme halal, sebab ada kepentingan politik bagi mereka di situ. Kita bimbang satu hari nanti, mereka sanggup untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh agama.

“Contohnya seperti isu LBGT atau pluralisme dan liberalisme agama, di mana hari ini telah pun wujud usaha untuk menghalalkan perkara tersebut. Kita bimbang sekiranya mereka berkuasa kelak, maka segala perkara yang haram itu akhirnya akan dihalalkan oleh mereka apabila kepimpinan pembangkang, terutamanya di kalangan Melayu telah meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama,”ujarnya.

Tambah beliau lagi,  dalam isu nepotisme ini, parti-parti di dalam pakatan pembangkanglah yang begitu tegar mengamalkan nepotisme berbanding UMNO atau parti-parti komponen di dalam BN.

“Mereka sebelum ini begitu ghairah memfitnah UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan sebagainya, tetapi hari ini segala sebagai salah laku yang mereka dakwa dan tuduh UMNO lakukan itulah yang mereka buat.

“Dalam Dap seperti kita lihat, ada dinasti Lim dan Dinasti Karpal. Manakala di dalam PKR, kita tak payah ceritalah. Anwar anak beranak dan kroni-kroninya memegang jawatan tinggi di dalam kepimpinan parti. Ini semua jelas bahawa tidak ada yang lebih mengamalkan nepotisme dan kronisme selain dari parti-parti pembangkang.

“Jadi, saya seru agar rakyat di negara ini dapat melihat dan membaca gerak geri politik pembangkang yang sebenarnya hanya mahu memperalatkan rakyat demi kepentingan dan nafsu politik golongan pemimpin tertentu saja. Tidak lebih dari itu,” akhiri beliau.-mediaumno
Sumber