Saturday 10 January 2015

Misi Sukarela & Bantuan Mangsa Banjir UMNO Tasek Gelugor Di Tanah Merah Kelantan

Kira-kira 2000 orang penduduk melibatkan 400 buah rumah di Perumahan Taman Rehmah Tanah Merah Kelantan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian daripada UMNO Bahagian Tasek Gelugor Pulau Pinang.

Misi Sukarela dan Bantuan Mangsa Banjir ke Pantai Timur yang bergerak daripada Tasek Gelugor pada 8 Januari 2015 yang lalu kini sudah berada di Tanah Merah Kelantan.

Pasukan tersebut yang di ketuai oleh YB Datuk Shabudin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama 200 orang sukarelawan telah bertungkus-lumus membantu membersihkan kawasan yang terjejas sejak hari mula tiba di kawasan terbabit.

Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama bagi kerja-kerja pembersihan adalah Madrasah Taman rehmah , Perpustakaan Desa Taman Rehmah dan rumah-rumah penduduk.

Semangat yang di tunjukkan oleh para sukarelawan ternyata begitu tinggi dan masing-masing komited untuk sama-sama membantu mangsa banjir tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.

Dalam pada itu keadaan kawasan yang di timpa musibah banjir sememangnya akan menyentuh hati siapa jua yang hadir dan menyaksikan sendiri keadaan sebenar.Malah ada di antara para sukarelawan yang menitis air mata sewaktu melihat kesan bencana yang terpaksa di tanggung oleh kesemua mangsa banjir.

Untuk rekod Misi Sukarela dan Bantuan Mangsa Banjir ke Pantai Timur ini juga membawa bersama-sama dengan mereka bantuan makanan termasuk peralatan barangan dapur untuk di sumbangkan kepada mangsa banjir di kawasan terbabit.

Manakala 200 anggota sukarelawan termasuk semua kepimpinan yang turut sama turun padang ke Tanah Merah Kelantan di tempatkan di SMK Belimbing untuk merehatkan badan setelah seharian membanting tulang menghulurkan bantuan.  

Berikut antara gambar-gambar sepanjang kerja-kerja pembersihan dan penyaluran bantuan di lakukan ,




 



TAHNIAH kepada semua yang terlibat dan sekalung penghargaaan buat UMNO Bahagian Tasek Gelugor , semoga beban yang di tanggung oleh mangsa banjir di bumi Tanah Merah dapat di kurangkan 

Artikel berkaitan SINI 

UMNO Tasek Gelugor Hulur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan

UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan Perda Venture Sdn. Bhd., menghantar kira-kira 200 anggota bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Majlis Pelancaran Misi Sukarela dan Bantuan Banjir ke Pantai Timur itu disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian, Datuk Shabudin Yahaya di Pusat Komersial Tasek Gelugur di sini hari ini.

Yang turut menyertai misi berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sungai Dua, Mohamad Yusoff Mohd. Noor dan ADUN Permatang Berangan Omar Abdul Hamid.

Shabudin berkata, pihaknya menggunakan 20 buah kenderaan, sebuah bas, empat buah lori, dua van dan beberapa kenderaan pacuan empat roda untuk membantu mangsa banjir terbabit.


Katanya, misi selama empat hari itu melibatkan pemberian bantuan makanan termasuk peralatan barangan dapur dan bantuan kerja pembersihan kawasan yang dilanda banjir membabitkan peruntukan berjumlah RM70,000.

"Kita prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh mangsa banjir bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi," katanya di sini.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) berkata, bantuan itu akan diserahkan kepada penduduk yang masih memerlukan bantuan terutama makanan.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu membersihkan kawasan rumah di situ selepas dilanda banjir supaya penduduk dapat tinggal dalam keadaan selesa.