Saturday 30 March 2013

YB Ustaz Syabudin Turun Padang !!


Pokok Sena - 29 Mei 2013 - Program Ramah Mesra KRT Taman Pokok Sena Indah yang telah berlangsung malam tadi dihadiri lebih dari 100 penduduk di sekitar kawasan tersebut. 

Turut hadir adalah Pengerusi Biro Kebajikan, saudara Roslan, Ustaz Dato' Nasir serta Ahli Jawatakuasa Bahagian Tasek Gelugor yang lain.

Objektif program ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni antara pemimpin dengan penduduk setempat. Ianya juga boleh merapatkan lagi jurang antara pemimpin dan penduduk selain dari berkongsi pendapat masing-masing.


Dalam ucapan YB Ustaz Syabudin Bin Yahya, beliau menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih belum menemui hala tuju yang mereka akan bawa di dalam parti dan sekaligus tiada hala tuju untuk rakyat. YB Ustaz juga menyentuh mengenai keistimewaan Orang Melayu akan hilang jika Pakatan Rakyat memerintah. Beliau menyarankan agar penduduk di Taman Pokok Sena Indah akan terus menyokong Barisan Nasional di dalam PRU13 nanti.

Ini kerana Barisan Nasional adalah satu kerajaan yang mampu membela nasib rakyat. YB UStaz juga menegaskan agar rakyat tidak memperlekehkan anggota PDRM sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Selain dari itu beliau turut mengutuk perbuatan sesetengah pemimpin yang lebih suka meletakkan kepentingan diri melebihi perjuangan parti.. YB Ustaz berkata "jika hendak bertanding...! Bertandinglah dengan Parti PAS, bukan membuat kacau dengan parti sendiri".





TGP percaya dengan gerak kerja yang dilakukan oleh YB Ustaz Syabudin , Tasek Gelugor akan terus di pertahankan demi maruah rakyat malah bangsa,agama dan negara.

TGP.

Dekat Di Mata Dekat Di Hati


Sungai Dua - 23 Mei 2013 - Program Dekat Di Mata Dekat Di Hati yang telah dianjurkan bersama oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Biro Pendidikan Wanita Bahagian Tasek Gelugor semalam berjaya. 

*Barisan Tetamu Kehormat.

Program Dekat Di Mata Dekat Dihati ini dihadiri oleh YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB. Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid, Ketua Wanita Bahagian Tasek Gelugor merangkapADUN Teluk Air Tawar, YB Dato' Haji Jasmin Bin Mohamed, ADUN Sungai Dua, En Abdul Shukor Bin Ibrahim, Ketua Seksyen Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Kepimpinan peringkat bahagian dan ketua-ketua wanita cawangan.

 *Keprihatin Tan Sri Terhadap Generasi Muda.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Penerima Sumbangan YPM.

*Penerima sumbangan YPM.

Program Dekat Di Mata Dekat Di Hati ini memberikan sumbangan berbentuk kewangan yang bernilai RM100 kepada setiap pelajar bumiputera di kawasan Tasek Gelugor. Ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga setiap penerima. Sumbangan ini disalurkan oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

*YB. Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid.

YB Dato' Hjh Jahara Binti Hamid dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM). Ini merupakan langkah yang terbaik untuk membantu pelajar-pelajar lebih selesa untuk terus belajar. 

YB Dato' Hjh Jahara turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia dan kepimpinan YB Tan Sri Nor Mohamed Yackop kerana berjaya membawa begitu banyak perubahan  di Parlimen Tasek Gelugor. Sumbangan yang disalurkan lebih kepada bentuk pendidikan untuk menjamin masa depan generasi muda. Selain itu, YB Dato' Hjh Jahara turut menyeru kepada setiap yang hadir senstiasa memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Azizah yang telah bertungkus lumus didalam kejayaan program ini.

*YB Dato' Haji Jasmin Mohamed.

YB Dato' Haji Jasmin Bin Mohamed memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih memberi kesihatan yang baik kepada semua yang terlibat di dalam program ini. Beliau juga sempat memberi amanat kepada semua tetamu yang hadir agar sentiasa menyokong Barisan Nasional. Dato' Hj Jasmin juga turut mengucapkan  terima kasih kepada MARA kerana banyak memberi bantuan kepada Bumiputera terutamanya di Parlimen Tasek Gelugor selain daripada di atas keprihatinan YB Tan Sri yang juga telah membawa banyak perubahan dari segi pendidikan untuk generasi muda supaya terus maju di dalam bidang pendidikan.

*YB. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan lama UMNO yang telah banyak membawa perubahan kepada Bangsa Melayu, terutamanya kepimpinan Allahyarham Tengku Abdul Rahman yang telah meletakan banyak keistimewaan kepada orang melayu dan agama Islam. Tan Sri juga memberi contoh yang terbaik didalam sejarah hidup beliau, dengan menyatakan bahawa pihak MARA telah banyak menyumbang kepada beliau semasa beliau mahu menyambung pelajaran didalam bidang ekonomi. Beliau telah menerima bantuan sebanyak RM 1,800.00 untuk beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Beliau juga memberitahu bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program tranfomasi yang telah dilaksanakan oleh kepimpinan YB Dato' Sri Najib Tun Razak.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Penerima sumbangan YPM.

 *Ibu Bapa sedang menukar kupon sumbangan.

*Ibu Bapa sedang menukar kupon sumbangan.

TGP

Penjaja Kecil Di Teluk Air Tawar Bakal Nikmati Gerai Baru


Teluk Air Tawar- 29 Mac 2013-Majlis Pecah Tanah Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M) Gerai Emba telah diadakan di kawasan Pantai Bersih Bagan Ajam petang tadi.Majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor meriah dengan kehadiran lebih dari 300 ratus penduduk dan penjaja terlibat.Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB Dato' Jahara Binti Hamid ADUN Teluk Air Tawar,kepimpinan Barisan Nasional dan wakil daripada Kementerian Dalam Negeri Dan Koperasi Tuan Mohd Saleh Bin Makmur.

 *Barisan Tetamu Kehormat.

*Para Tetamu yang hadiri.

*Tetamu yang hadir.

PP1M merupakan satu program dari kerajaan persekutuan untuk membantu penjaja kecil bagi meningkatkan taraf ekonomi para penjaja khususnya di Teluk Air Tawar.Kerajaan pusat telah memperuntukan RM7 juta bagi menjalankan projek ini diseluruh Malaysia.

*Ucapan YB Dato' Hajjah Jahara Binti Hamid.

Dalam ucapan YB Dato' Jahara,beliau bersama hadirin telah menghadiahkan al-fatihah kepada Tuan Haji Yusof selaku pengasas kepada projek usahawan melayu (EMBA) yang telah kembali ke ramatullah.Beliau juga telah mengucapkan terima kasih kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana telah membawa banyak perubahan kepada peniaga-peniaga kecil di Parlimen Tasek Gelugor dan khususnya kepada peniaga-peniaga yang berada di kawasan Bagan Ajam.

Selain dari itu beliau juga memuji kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang banyak memperuntukan bantuan bagi menaik taraf pendapatan rakyat dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia.Ini menandakan kerajaan Barisan Nasional tidak melupakan rakyat yang berada didalam kesusahan.Di akhir ucapan,beliau merayu kepada rakyat terutamanya penjaja kecil untuk sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin kerajaan Malaysia.

*Ucapan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu dalam ucapan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop , beliau telah mengumumkan kerajaan sedang mengaturkan 2 projek naik taraf bagi penjaja-penjaja kecil di negeri Pulau Pinang manakala hanya 1 projek di negeri-negeri lain.Ini menandakan rakyat beruntung kerana kerajaan pusat memberikan tumpuan yang lebih kepada nasib rakyat di Pulau Pinang.

YB Tan Sri juga berterima kasih kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor terutamanya pengundi-pengundi di kawasan Teluk Air Tawar kerana memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas.Beliau juga merayu kepada rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional supaya dapat meneruskan perkhimatan  kepada rakyat Malaysia.Setelah selesai memberi ucapan,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M).

 *Perjalanan Program.

 *Sumbangan yang diberikan.

 *YB Tan Sri menandatangani plat majlis pecah tanah.

 *Simbolik pecah tanah oleh YB Tan Sri.

*YB Tan Sri Merasmikan majlis pecah tanah.

TGP

Wednesday 27 March 2013

MIC Tasek Gelugor Lancarkan Bilik Gerakan Hadapi PRU13

*Pelancaran Bilik Gerakan MIC Tasek Gelugor.

Pokok Machang - 23 Mac 2013 - Bilik Gerakan MIC Tasek Gelugor telah dilancarkan pada malam 23 Mac 2013 baru-baru ini  yang telah dihadiri oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yackop Ahli Parlimen Tasek Gelugor, YB Ustaz Syabudin Bin Yahya Ketua Bahagian Tasek Gelugor Merangkap Ketua Adun Permatang Beranggan, YB Dato' Hajjah Jahara Ketua Adun Teluk Air Tawar, Cikgu Hasbul Hazani Ketua Pemuda Parlimen Tasek Gelugor dan Cik Hafizah Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang Merangkap Ketua Puteri Parlimen Tasek Gelugor.

*Sebahagian daripada kepimpinan.

Tan Sri Nor Mohamed Yackop menyatakan bahawa Barisan Nasional adalah lebih baik daripada mana-mana Parti Pembangkang. Ini kerana BN mampu memberikan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat. Beliau turut berkata kepimpinan Perdana Menteri kita adalah yang terbaik daripada yang terbaik. 

Perdana Menteri kita juga mempunyai sifat yang baik hati dan ikhlas terhadap apa yang beliau lakukan kepada rakyat Malaysia. Disamping itu , Tan Sri juga menyeru kepada Ketua MIC agar mencari belia-belia di kalangan kaum India untuk memastikan bahawa belia-belia India sentiasa menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

*Ucapan Daripada YB Tan Sri Nor Mohamed Yackob.

Didalam Ucapan YB Ustaz Syabudin Bin Yahya pula mengimbau kembali kenangan Barisan Nasional yang telah ditubuhkan sejak kemerdekaan Malaysia lagi. Barisan Nasioanal terus berbakti kepada rakyat Malaysia sehingga kini, namun banyak pihak yang masih tidak bersyukur dengan kemajuan yang dibawa oleh Barisan Nasioanal. Kita sebagai rakyat Malaysia harus yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional yang ada sekarang.

YB Ustaz juga menyebut mengenai kepentingan pilihanraya didalam sesebuah negara kerana ini adalah untuk memilih dan menentukan parti manakah yang layak untuk memerintah dan menjadi Kerajaan Malaysia, "Pilihlah Barisan Nasional untuk kemajuan Malaysia dan keamanan Malaysia" kata YB Ustaz.

YB Ustaz jugak berkata UMNO membawa hasrat orang Melayu, MIC membawa hasrat orang Indi dan MCA membawa hasrat orang Cina. Tapi yang pentingnya ketiga-tiga parti komponen ini bekerja di bawah satu payung, iaitu Barisan Nasional. Ini adalah untuk memastikan Barisan Nasional terus menerajui Malaysia di dalam keadaan aman, harmoni dan Maju.

*Ucapan YB Ustaz Syabudin.

Pelancaran Bilik Gerakan MIC telah disempurnakan oleh YB Ustaz Syabudin Bin Yahya dan telah disaksikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yackop, YB Dato' Hajjah Jahara, Cikgu Hasbul Hazani, Cik Hafizah dan Ahli Exco MIC.

*Sebahagian Ahli MIC.

TGP

Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang

*Perasmian Karnival Kesejahteraan Rakyat.

Tasek Gelugor - 23 Mei 2013 - Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pelancaran Sumbangan Pewira Di Lahat Datu telah berlangsung di Pusat Komersial Tasek Gelugor yang telah dihadiri hampir 2000 orang dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh YB Ustaz Syabudin Bin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor merangkap ADUN Permatang Berangan. Karnival Kesejahteraan Rakyat ini telah dianjurkan oleh Kementerian Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Jabatan Perdana Menteri (ICU), TEKUN, KEMAS, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan COOP 1 Malaysia turut bersama-sama menjayakan Karnival Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang.

*Tetamu-tetamu kehormat.

*Penggunjung Karnival Keejahteraan Rakyat.

Dalam ucapan oleh YB Ustaz, beliau menyatakan bahawa SKM dan TEKUN sentiasa memberi khidmat nasihat untuk usahawan-usahawan kecil dari segi nasihat kewangan dan bantuan dari segi modal. Beliau juga menyatakan Kerajaan Barisan Nasional mewujudkan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu rakyat yang di dalam kemiskinan untuk terus hidup selesa seperti masyarakat lain. Ini kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyalurkan bantuan tidak kira dalam bentuk barang keperluan atau bantuan kepada mereka yang layak.

*Ucapan Perasmian oleh YB Ustaz Syabudin Bin Yahya.

Dalam ucapannya juga YB Ustaz turut menyatakan bahawa Kerajaan DAP yang memerintah Pulau Pinang ini adalah kerajaan yang menipu rakyat. Beliau memberikan contoh rakyat Pulau Pinang dikenakan caj denda penggunaan air berlebihan dan caj denda ini pulak digunakan oleh Kerajaan DAP untuk memberi sumbangan dari duit hasil caj denda penggunaan air secara berlebihan. Beliau menyarankan kepada rakyat Pulau Pinang jangan terus terpedaya dengan janji-janji "PEMBOHONG RAKYAT". Ini kerana Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan pelbagai agensi kebajikan untuk rakyat.

Disamping itu YB Ustaz Syabudin Bin Yahya telah melancarkan Tabung Sumbangan Pewira Di Lahat Datu. Ini adalah untuk membantu dan memberi sumbangan kepada pewira-pewira negara yang telah bertungkus-lumus menjaga keamanan negara kita terutamanya krisis di Lahat Datu.

*Pelancaran Tabung Pewira Di Lahat Datu.

Pada karnival tersebuat, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan sumbangan sara hidup kepada penerima-penerima yang layak. Bantuan merupakan keperluan asas harian dan sumbangan kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU) Fatimah Binti Ismail telah menerima sumbangan kaki palsu. Di samping itu Jabatan Kebajikan Masyarakat juga menyampaikan Kad-kad kebajikan kepada 50 orang penerima kurang upaya (OKU) yang layak.

*Penerima sumbangan kaki palsu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

*Sumbangan keperluan harian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah menyalurkan hampir RM 222, 700.00 kepada koperasi di sekitar Parlimen Tasek Gelugor. Pihak Tekun juga telah menyumbangkan RM 10, 000.00 kepada usahawan-usahawan kecil peringkat Parlimen Tasek Gelugor.

*Penerima sumbangan daripada SKM.

Karnival tersebut juga menyediakan gerai-gerai daripada pelbagai agensi kerajaan dan usahawan-usahawan kecil yang turut serta didalam menjayakan Karnival Kesejahteraan Rakyat.

*YB Ustaz menandatangai buku pelawat di geleri Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

*YB Ustaz membuat lawatan ke tapak gerai usawan kecil.
*Geleri Jabatan Kebajikan Masyarakat di kerumuni oleh penggunjung.

TGP

Thursday 21 March 2013

YB Syabudin Bersama Warga Taman Tasik Retina


Tasek Gelugor-18 Mac 2013-Program ramah mesra bersama penduduk Taman Tasik Rethina telah berlansung di dewan flat tersebut dengan kehadiran penduduk seramai 200 orang. Turut bersama-sama meraikan dan beramah mesra ialah kehadiran YB Ustaz Syabudin Bin Yahya ADUN Permatang Berangan merangkap pengerusi jentera pilihanraya BN Parlimen Tasek Gelugor.

Program tersebut khusus untuk penduduk flat Taman Tasik Rethina yang kebanyakannya terdiri daripada kaum India.Dalam ucapan beliau,YB Syabudin memberi penerangan mengenai peruntukan yang diturunkan untuk Taman Rethina merupakan antara peruntukan yang tertinggi didalam Parlimen Tasek Gelugor.Ianya merupakan peruntukan khusus untuk membaik pulih flat tersebut.


Sehubungan itu YB Syabudin juga dalam ucapannya berharap penduduk Taman Rethina tidak diperdaya dengan janji pakatan pembangkang yang pandai berjanji daripada melaksanakannya.

Disamping itu YB Syabudin juga telah menyampaikan sumbangan berupa hamper kepada penduduk yang terpilih-TGP

Wednesday 20 March 2013

Jamuan Makan Malam Kadun Teluk Air Tawar Meriah !!


Teluk Air Tawar- 15 Mac 2013- Jamuan makan malam peringkat Kadun Teluk Air Tawar telah berlangsung di Padang Awam Taman Senangan, dihadiri dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya daripada kaum Cina, India dan Melayu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Tan Sri Nor Muhamed Yackop Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan turut bersama-sama YB Ustaz Shabudin Bin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Merangkap Adun Permatang Berangan, YB Dato' Hajjah Jahara Adun Teluk Air Tawar,YB Dato' Jasmin Mohamed Adun Sungai Dua, Saudara Hasbul Hazani Ketua Pemuda Bahagian Tasek Gelugor, Saudari Nor Hafizah Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua Puteri Bahagian Tasek Gelugor dan turut dihadiri En. Teng Chang Yeow Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.




Dalam majlis tersebut YB Tan Sri Nor Muhamed Yakcop bersama-sama YB Ustaz Shabudin Bin Yahya telah memberi amanat kepada para tetamu yang menghadiri majlis tersebut dengan menyatakan bahawa rakyat perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini perlu untuk mengembalikan kegemilangan rakyat Pulau Pinang dari terus ditindas oleh kerajaan DAP. 




Jamuan makan malam tersebut telah dihadiri hampir 2000 orang dari pelbagai kaum.Di dalam majlis tersebut, pihak penganjur telah menyediakan hidangan makanan yang terbaik dan pihak penganjur juga telah menyediakan hampir 30 cabutan betuah yang merupakan barangan keperluan dapur. Ini adalah untuk kemudahan keperluan penduduk.



En. Teng Chang Yeow juga turut memberi sepenuh tumpuan kepada gerak kerja di dalam Barisan Nasional untuk memastikan kejayaan Barisan Nasional di Negeri Pulai Pinang. Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional tidak meminggirkan mana-mana rakyat walaupun berbeza budaya dan kefahaman.-TGP