Thursday 24 January 2013

Sambutan MAULIDUR RASUL Peringkat Negeri Pulau Pinang


Pagi tadi bertempat di padang Politeknik Seberang Perai Permatang Pauh program gerak himpunan ummah Sambutan Maulidur Rasul telah berjaya mengumpulkan seramai 15 ribu umat Islam di sini , mereka berarak dari padang utama politeknik menuju ke masjid bandar perda. 

Dengan tema "Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah " anjuran NGO dan aktivis Islam Pulau Pinang.

Perarakan yang berakhir di Masjid Bandar Perda diakhiri dengan ceramah yang disampaikan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya dan Dr Hasan Ali.



Lagi gambar Klik Sini 

Hassan Ali GEGAR Semangat Orang Melayu Tasek Gelugor


TASEK GELUGOR  24 Januari -  Semalam satu program  Ceramah Islam Melayu & Raja  anjuran JATI  telah diadakan di Simpang Empat Permatang Buloh , Tasek Gelugor . Ia menampilkan penceramah Pengerusi Jaringan Muslimin P.Pinang Ustaz Hafiz Mohd Nordin & Pengerusi JATI  Datuk Dr Hassan Ali .  

Turut hadir ke ceramah ini ialah Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamad Yaakob dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor , YB Shahbudin Yahya .


Kehadiran umat Islam dianggarkan sekitar  500  orang yang hadir  walaupun penyebaran maklumat ceramah berkenaan tidak meluas dan masa yang singkat. 

Didalam ceramah tersebut,  Ustaz Hafiz Nordin  yang mengupas mengenai  pentingnya perpaduan ummah dikalangan umat Islam  dan isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng untuk digunakan dalam bible bahasa Melayu . Malah beliau juga turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa & kerajaan yang tidak bertindak tegas mengambil tindakan terhadap Guan Eng & Karpal Singh yang terus menghina Islam dalam isu kalimah Allah ini . 

Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam serta isu kalimah Allah yang hangat dipolitikkan oleh pembangkang menjelang PRU 13 . Lagi gambar di mypenangonline 

Monday 21 January 2013

BN Yakin Pertahan Parlimen & Tiga Kerusi DUN Di Tasek Gelugor


TASEK GELUGOR: Barisan Nasional (BN) Tasek Gelugor yakin dapat mempertahan Parlimen itu dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berikutan sokongan penduduk terhadap parti berkenaan.

Pengerusi BN Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, berdasarkan tinjauan menerusi program-program yang dijalankan, penduduk di kawasan DUN Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar itu memang menerima BN dan memberi sokongan kepada parti berkenaan.

"Berdasarkan tinjauan yang dijalankan itu, penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat kerana mereka yakin hanya BN mempunyai keupayaan dan mampu membawa pembangunan.

"Saya dan rakan-rakan dalam parti komponen BN iaitu Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain percaya kita akan pertahan kerusi BN di sini dengan majoriti lebih besar pada PRU-13 nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Himpunan Pemuda BN dan pelancaran Gerak Gempur Pemuda BN Bahagian Tasek Gelugor, Sabtu.

Majlis itu disertai lebih 1,000 pemuda BN dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Shabudin yang juga Ketua Umno Bahagian berkenaan berkata, sokongan golongan belia di bahagian itu juga semakin meningkat dan ia boleh dilihat dengan penglibatan mereka dalam program-program anjuran BN.

"Golongan belia iaitu kira-kira 40 peratus daripada 53,000 pengundi di Tasek Gelugor juga mula melibatkan diri dalam program-progam anjuran kita dan saya percaya mereka mula memberi mandat kepada BN.

"Belia di sini juga tidak terlibat dengan aktiviti pembangkang seperti perhimpunan Bersih dan sebagainya kerana yakin itu bukan perjuangan yang sebenar," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Adun Permatang Berangan berkata, jentera gerak gempur Pemuda BN Tasek Gelugor bersiap sedia dengan rangka kerja untuk mengempur parlimen itu sempena PRU-13 ini.

"Kita ada 27 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan mereka (jentera Pemuda BN) akan bergerak dengan perancangan yang telah ditetapkan bagi memastikan BN menang besar di sini (Tasek Gelugor)," katanya. - BERNAMA

Thursday 17 January 2013

Pemuda BN Ikrar Pertahankan Tasek Gelugor !!


Tasek Gelugor - Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor Pulau Pinang yang akan menganjurkan satu perhimpunan barisan pemuda melibatkan parti-parti komponen kini dalam rangka persiapan yang terakhir.Himpunan Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor ini merupakan julung-julung kalinya dianjurkan dan bakal menghimpunkan bukan saja barisan pemuda parti-parti komponen tetapi turut juga mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk daripada sayap-sayap wanita dan puteri.

Saudara Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sewaktu ditemui oleh TGP berkata himpunan ini bukanlah satu himpunan bagi menyaingi mana-mana himpunan sebelum ini,ianya mahu dizahirkan kerana kita tahu bahawa dalam PRU13 yang hanya menantikan masa ini satu permuafakatan dan hubungan sesama parti komponen itu amat perlu digembleng bagi memastikan Tasek Gelugor mampu menyumbang 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN kepada Barisan Nasional.

"Sedar akan betapa sengitnya pilihan raya yang bakal tiba itu maka Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor mahu memastikan jentera pemudanya bersiap sedia dan ianya akan di mulakan dengan himpunan ini bagi membuktikan taat setia kita kepada parti" katanya.

Himpunan Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan turut melibatkan semua pimpinan dalam bahagian Tasek Gelugor termasuklah kepimpinan di peringkat parti-parti komponen seperti PPP,Gerakan,MCA,MIC dan juga UMNO.

Selain dari itu Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor turut menjemput artis Aswad AF5 dan juga Hykall bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan.

Dalam masa yang sama jentera Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan dilancarkan pada hari tersebut oleh YB Ustaz Syabudin Yahya selaku Pengerusi Barisan Nasional Tasek Gelugor bersama-sama kepimpinan lain.

Semua dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan pada tarikh 19 Januari 2013 bertempat di Dewan HYO Pokok Machang Tasek Gelugor Pulau Pinang pada jam 8.00 malam.

Tuesday 8 January 2013

Tahanan Larikan Diri - Pemuda UMNO Bantu Anggota Polis Cedera


Syabas TGP ucapkan diatas tindakan prihatin yang ditunjukkan oleh orang ramai dan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang pantas memberikan bantuan kepada anggota Polis yang dibelasah oleh OKT dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih semalam.

Menurut laporan daripada Sinar Harian , Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.

Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam.

Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri.

Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari.

Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth.

“Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang.

“Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang,” katanya.

Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut.

“Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT.

“Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan,” katanya.

Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan.

Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya.

Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat.

“Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

“Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan,” katanya.

Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28.

“Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor.

“Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya,” katanya.

Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah.

Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan.

Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit.

sumber sinarharian 

Saturday 5 January 2013

Kesilapan Kiraan Undi Pengajaran Buat DAP : Nor Mohamed Yakcop


BUTTERWORTH: Kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lalu, adalah pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum. 

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap,tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari. 

"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan wang ehsan kepada 36 peniaga membabitkan peruntukan sebanyak RM48,000 di sini, hari ini. 

Semalam satu akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20. 

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi,jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. 

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, kerajaan pusat terus komited dalam usahanya memastikan rakyat dapat menikmati agihan keuntungan yang diperoleh setiap tahun. 

"Agihan keuntungan ini dibahagi menerusi pelbagai program dan sumbangan yang disampaikan terus kepada rakyat. Ini usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa dan mengembangkan ekonomi keluarga," katanya. - BERNAMA