Monday 29 July 2013

RAMADHAN ~ UMNO TASEK GELUGOR Rai 200 Anggota TUDM


Kira-kira 200 pegawai dan anggota Tentera Udara diraja Malaysia (TUDM) Butterworth diraikan dalam majlis Mesra Ramadan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Pangsapuri Seri Bayu di sini semalam.

Majlis diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa golongan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, pengorbanan dan usaha murni anggota tentera kepada agama, bangsa dan negara wajar dihargai oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

"Peranan anggota tentera adalah sangat besar dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

"Sehubungan itu, segala jasa dan pengorbanan mereka perlulah dihargai supaya mereka akan lebih bersemangat untuk berkhidmat kepada negara," katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan.

Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Hamid dan ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff.

Selain bacaan tahlil, Shabudin turut menyampaikan sumbangan kepada balu anggota tentera.





TGP

Saturday 6 July 2013

YB Shabudin Panaskan Dewan Rakyat


Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menyaksikan bagaimana kelakuan serta sikap berat sebelah malah jauh sesat wakil-wakil parti PAS apabila bangun mencelah perbahasan Ahli Parlimen BN daripada Tasek Gelugor YB Shabudin Yahya.

Hujah YB Shabudin Yahya cuba di celah oleh Ahli Parlimen lain (PAS) apabila kenyataan beliau tentang haramnya hukum menentang pemerintah di ungkapkan.Keadaan berterusan menjadi semakin panas apabila YB Shabudin memetik apa yang di sebut oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Shara Sahih Muslim iaitu menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka maka hukumnya adalah haram.

Kemudiannya YB Shabudin memberikan contoh termasuk dalam takrifan menderhaka itu adalah membantah tanpa mengikut saluran yang sah seperti penganjuran demontrasi jalanan dan merosakkan kesejahteraan awam sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang.

Di sinilah ahli-ahli parlimen daripada PAS mula bangun untuk mencelah dan keadaan semakin panas sehinggakan perlunya campur tangan Timbalan Speaker bagi menenangkan keadaan.

Lihat video di bawah

                    

Agak melucukan apabila telatah ahli-ahli parlimen PAS yang begitu bersemangat mempertikaikan hujah YB Shabudin dengan alasan ianya menyimpang daripada fakta sebenar.Namun perlu diingat sememangnya apa yang diungkapkan oleh YB Shabudin itu adalah benar dan beliau memberikan contoh berdasarkan maksud membantah tanpa mengikut saluran yang sah dan menderhaka dalam kontek masa kini seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang melalui demontrasi terancang contohnya Black505.

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ

“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari) Baca Seterusnya 

Apa yang pasti wakil-wakil PAS yang bangun mencelah itu di lihat begitu bersungguh-sungguh sampaikan menegur YB Shabudin Yahya supaya menarik balik hujah beliau namun seperkara yang menjadi persoalan dalam kotak fikiran MMI adalah mengapa sebelum ini apabila ada kejadian yang hampir serupa iaitu isu-isu yang menghina agama Islam dan melibatkan pemimpin dan pihak pembangkang tidak ada satu suara pun yang keluar dari mulut-mulut wakil-wakil PAS ini.

Tak percaya Klik Sini 

TGP

1AZAM Rakyat Tasek Gelugor Terus Di Bantu


YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor terus membantu rakyat yang memerlukan apabila baru-baru ini beliau telah melapangkan masa bagi menyampaikan bantuan 1AZAM kepada 39 penerima yang telah di pilih.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Rumah UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu bukan sahaja membuktikan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sentiasa prihatin akan nasib rakyat malah janji yang dibuat juga di tepati.



39 penerima bantuan tersebut kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita dan ini menunjukkan bahawa kaum wanita juga turut sama-sama mampu menyumbang bagi merancakkan ekonomi khususnya orang-orang Melayu di Tasek Gelugor.

1AZAM atau program Akhiri Zaman Miskin merupakan salah satu inisiatif di bawah NKRA bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Sehingga 2 Januari 2013 statistik menunjukkan terdapat seramai 106,967 orang peserta 1AZAM di seluruh Malaysia.Manakala bagi negeri Pulau Pinang pula statistik menunjukkan seramai 2,255 orang peserta dan daripada jumlah itu seramai 290 orang adalah peserta dalam Parlimen Tasek Gelugor.

Majlis bantuan 1AZAM peringkat Parlimen Tasek Gelugor turut di sertai oleh YB Omar Haji Hamid ADUN Permatang Berangan dan YB Muhamad Yusoff Mohd Nor ADUN Sungai Dua.






JANJI DI TEPATI

TGP

Thursday 4 July 2013

DUN Pulau Pinang HUKUMAN MAUT Terhadap Sistem DEMOKRASI


Georgetown: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula semalam mencetuskan kontroversi apabila sesi soal jawab tidak diadakan yang disifatkan oleh ADUN Barisan Nasional (BN) sebagai tindakan 'membunuh' sistem demokrasi berparlimen negara. 

Alasan ketiadaan masa yang diberikan oleh Speaker DUN negeri, Law Choo Kiang itu tidak dapat diterima oleh ADUN BN kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah sidang DUN negeri. 
"Ia sangat mendukacitakan, tambahan pula ini adalah persidangan pertama. Sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu,” Datuk Jahara Hamid, Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid, berkata Speaker tidak mempunyai kuasa berbuat demikian dan ia menunjukkan keangkuhan kerajaan pimpinan DAP.

Beliau berkata, ia tidak pernah berlaku dalam sejarah DUN negeri dan menganggapnya sebagai ‘hukuman maut’ terhadap sistem demokrasi.

“Ia sangat mendukacitakan, tambahan pula ini adalah persidangan pertama. Sesi soal jawab penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang menguji kebijaksanaan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam menjawab isu,” katanya ketika bangun membantah keputusan itu.

Namun, ia menyebabkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo bangun memintanya menarik balik kenyataannya itu.

“Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan yang menyatakan sistem demokrasi sudah maut dalam dewan ini. Saya minta tarik balik kerana demokrasi tidak maut dalam dewan ini,” katanya.

Keengganan Jahara menarik balik kenyataan itu menyebabkan Jagdeep meninggikan suara dan berlaku pertengkaran apabila Jahara meminta ADUN Datok Keramat itu supaya tidak mengherdiknya.

“Saya bercakap mengikut peraturan dewan, iaitu keperluan untuk memberitahu. Saya percaya sesi soal jawab ini bukan saja penting kepada wakil pembangkang tapi semua ahli dewan,” katanya.

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) kemudian meminta isu kekangan masa tidak dijadikan alasan untuk menafikan keperluan mengadakan sesi soal jawab pada sidang DUN kali ini.

Bagi menyelesaikan ketegangan, Speaker kemudian campur tangan dengan mengarahkan ahli dewan bertenang dan meminta mereka menghormati keputusan itu.

“Saya sudah jelaskan ketiadaan sesi soal jawab pada sidang kali ini tidak melanggar peraturan mesyuarat, tidak menjadi masalah dan berharap ia tidak dibangkitkan lagi,” katanya.

Persidangan DUN ke-13 Penggal Satu itu bermula kelmarin dengan majlis perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan akan berlangsung sehingga esok.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mengakui hairan dengan keputusan itu berkata, ia tidak wajar berlaku dan sesi soal jawab sepatutnya dibenarkan.

“Saya jangka ia berlaku kerana faktor masa, bagaimanapun ia perlu disemak semula oleh Speaker,” katanya kepada pemberita selepas sidang berhenti rehat.

Namun, Guan Eng berkata, Law tidak sepatutnya dipersalahkan kerana baru dilantik pada 28 Jun lalu.

Law, ketika dihubungi malam tadi mendakwa tidak berpeluang mengubah atur cara mesyuarat kerana pelantikan sebagai Speaker terlalu hampir dengan sidang DUN yang bermula Selasa lalu.

“Ketika dilantik Speaker, semua atur cara mesyuarat sudah diputuskan Penasihat Undang-udang negeri dan Setiausaha DUN. Keputusan ini dibuat kerana kekangan masa kerana mesyuarat kali ini dibuat berserta majlis angkat sumpah. Mungkin jika pelantikan dilakukan lebih awal, saya sempat menyemak atau merombak atur cara mesyuarat,” katanya. 

TGP