Thursday 22 August 2013

Masalah 17 Peniaga EMBA Selesai


Masalah 17 peniaga di lot kedai Ekonomi Melayu Bagan Ajam (EMBA) di Taman Tun Dr. Awang, Bagan Ajam di sini yang tidak dapat memulakan perniagaan mengikut jadual selepas premis mereka dibaik pulih dua bulan lalu mendapat perhatian pihak pengurusan projek berkenaan.

Wakil kumpulan peniaga tersebut, Ronyzam Abdul Ghaffar, 36, berkata, sebaik keluhan mereka disiarkan dalam Utusan Malaysia pada Sabtu, 17 Ogos lalu, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Pulau Pinang tampil memberi kebenaran untuk mereka memulakan perniagaan di situ.

"Kami difahamkan hasil campur tangan Ahli Dewan Undangan Negeri, Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid dengan ICU, lot kedai yang siap dibaikpulih itu akan diserahkan kepada peniaga pada 28 Ogos ini bagi membolehkan kami kembali berniaga seperti sedia kala.

"Kami difahamkan kelewatan memberi kebenaran menggunakan premis ini kerana masalah teknikal melibatkan pemasangan bekalan elektrik dan air, tetapi akhirnya masalah itu dapat diatasi," katanya.

Beliau ditemui dalam majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat ADUN Teluk Ayer Tawar di sini semalam.

Seorang peniaga nasi dan kuih-muih, Asmah Azim, 62, memberitahu, dia bersyukur kerana ICU meluluskan segera kebenaran untuk menjalankan perniagaan di situ.

"Tiada perkataan yang mampu melahirkan kegembiraan apabila mendapat tahu akhir Ogos ini saya boleh kembali menjalankan perniagaan.

"Sekarang saya sibuk membuat persiapan bagi memulakan perniagaan kerana itulah satu-satunya punca pendapatan untuk menyara lima anak selepas bergelar ibu tunggal," ujarnya.

Peniaga makanan, Huszaimi Abu Hassan, 40, pula menjelaskan, keprihatinan ICU menyegerakan kebenaran menjalankan perniagaan di situ telah menghilangkan kerisauannya selama ini.

"Ucapan terima kasih ditujukan kepada ICU dan ADUN Teluk Ayer Tawar yang turut membantu mengatasi masalah peniaga di sini," katanya.

Sementara itu, Jahara berkata, beliau mengambil pendekatan untuk berbincang dengan ICU bagi membantu peniaga berkenaan selepas dimaklumkan kesulitan yang dialami mereka berikutan proses baikpulih bangunan itu mengalami masalah teknikal.utusan

TGP

Wednesday 21 August 2013

Diari Ramadhan & Syawal YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor


Seperti semua sedia maklum YB Ustaz Shabudin Yahya antara pemimpin yang turut sibuk dengan aktiviti dan program di bulan ramadhan yang lalu.Pelbagai program melibatkan masyarakat khususnya di Parlimen Tasek Gelugor telah menyebabkan beliau sering kali tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga.

Namun bagi YB Shabudin , ini merupakan tugas beliau sebagai seorang pemimpin yang telah di pilih oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu dan ianya merupakan aktiviti atau program yang harus beliau berikan tumpuan.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar YB Shabudin selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor bersama-sama jenteranya turun ke kawasan dan bersama dengan rakyat sempena dengan bulan ramadhan yang lalu selain daripada program melibatkan UMNO negeri Pulau Pinang.















Dalam masa yang sama YB Ustaz Shabudin Yahya selaku Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor dengan seluruh jentera Wanita , Pemuda & Puteri akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri pada 25 Ogos 2013 bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Pusat Komersial Tasek Gelugor.


Kepada semua yang kelapangan di jemput hadir ..

TGP