Monday 30 December 2013

Malaysia Kian Hancur...???


Menjelang tahun baru 2014, Malaysia akan menjadi sebuah negara pelancongan yang terkenal di mata dunia. Pada tahun 2014 merupakan tahun untuk melawat Malaysia. Malaysia telah menjadi tempat tumpuan para pelancong dari luar negara untuk datang melancong di Malaysia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong luar masuk ke Malaysia.


Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Malah Malaysia juga mempunyai kemudah-kemudah yang cukup lengkap untuk memenuhi keperluan para pelancong dari luar negara.


Cuba kita bayangkan, jika berlakunya rusuhan dah himpunan yang akan menyebabkan ekonomi negara Jatuh dan sekaligus menyebabkan pelancong dari luar negara takut untuk berkunjung ke Malaysia.

Bagaimana mahu mencapai matlamat tahun 2014, tahun melawat Malaysia?


Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sedar bahawa kita rakyat Malaysia perlu peka dan prihatin dengan segala tindakkan kita yang akan datang. Jangan lakukan dengan hati yang marah, alamatnya akan menjadikan Malaysia tidak aman dan makmur pada masa akan datang.

Cuba kita bayangkan,  dengan berlakunya rusuhan dan perhimpunan yang akan mengancam lebih teruk ekonomi negara dan menyebabkan negara boleh kembali ke zaman kegawatan ekonomi yang teruk pada masa akan datang.


Jika mahu membantah bukan dengan cara kekerasan, bukan dengan cara jalanan. Buruk padahnya akan terjadi. Ada saluran yang betul untuk kita menyuarakan ketidak puas hati kita.

Bertindak mengikut peraturan dan undang-undang. Jangan sampai menyesal kemudia hari.


Anak cucu kita kian membesar, jangan sampai anak cucu kita tidak merasai nikmat hidup di dunia dan merasai keamanan di Malaysia


Thursday 26 December 2013

PM Gesa Rakyat Cari Titik Perpaduan Di Antara Kaum.


Najib gesa rakyat cari titik pertemuan pupuk perpaduan pelbagai kaum

Georgetown: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa rakyat mencari titik pertemuan yang menekankan nilai kebersamaan bagi memupuk perpaduan antara penganut pelbagai agama terutama Islam dan Kristian di negara ini.

Perdana Menteri berkata, nilai kasih sayang dan hormat menghormati sesama manusia yang dianjurkan agama Islam dan Kristian adalah antara nilai yang boleh diketengahkan bagi mencari titik pertemuan itu. 


"Nilai kasih sayang antara satu sama lain dianjurkan agama Kristian, begitu juga agama Islam yang menekankan amalan hormat menghormati. 



"Nilai ini adalah titik pertemuan antara penganut agama yang boleh memupuk suasana menjurus kepada keamanan dan kestabilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas di Padang Kota Lama di sini, semalam. 

Hadir sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan juga tetamu kenamaan lain.

Perdana Menteri berkata, apabila masyarakat dapat memahami antara satu sama lain, sudah pasti tiada satu tindakan yang boleh menyakiti pihak lain akan dilakukan. 
"Orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati orang bukan Islam dan begitu juga orang bukan Islam tidak seharusnya menyakiti hati orang Islam. 

"Saya sebagai Perdana Menteri, ingin tekankan mengenai perpaduan dan saya komited untuk memastikan tugas aspek utama keamanan, keharmonian dan kestabilan dipelihara," katanya. - Berita Harian


Rumah Terbuka Krimas Pulau Pinang Dicemari...???


Sambutan Rumah Terbuka Krismas Peringkat Kebangsaan telah berlangsung Di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. 

Sambutan rumah terbuka krismas telah dihadiri oleh Perdana Menteri sendiri bagi memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka tersebut. Antara tetamu yang turut dijemput adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


Pelbagai acara telah dilakukan termasuk persembah dari artis terkenal Jamal Abdillah. Pelbagai juadah turut disediakan kepada para tetamu.

Di dalam kemeriah menyambut sambutan rumah terbuka tersebut, ada juga pihak-pihak tertentu yang memainkan isu pembohongan dan kotor yang dipercayai dilakukan oleh cybertroopers Red Bean Army (RBA). 


Mereka telah menyebarkan fitnah yang mengatakan Najib Razak yang  hadir di dalam sambutan rumah terbuka tersebut hanyalah sandiwara sahaja. Kemesraan yang ditunjukkan hanyalah dibuat-buat sahaja. 

Klik Di Sini

Ini menunjukkan Red Bean Army ini sengaja mereka-reka cerita supaya terus menampakan keburukkan kepada PM kita yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Wednesday 25 December 2013

Daftar BR1M Di Sini.


Mari kita semua daftar Bantuan Rakyat 1 Malaysia. Batuan Kerajaan Barisan Nasional dalam mengurangkan bebanan rakyat. Ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan BN.

Sebelum tu untuk "refresh" baca lagi sekali syarat-syarat dia..

Households(RM650)

1. Household that has income below RM3,000

2. Malaysian Citizen


Households(RM450)

1. Household that has income between RM3,000 to RM4,000

2. Malaysian Citizen

* Additional RM50 Group Takaful Rakyat 1 Malaysia Contribution (i-BR1M)


Individuals(RM300)

1. Total gross monthly income of RM2,000 and below

2. Malaysian Citizen

3. Aged 21 and above (born 1993 or earlier)

4. Does not include students who are receiving the 1Malaysia Book Voucher (BB1M)


Ok kalau dah selesai baca semua sila ke link yang di sediakan dan mendaftarlah.

BR1M

SUMBER

Monday 23 December 2013

Lim Guan Eng Digesa Mohon Maaf Terhadap Ketua Pembangkang Pulau Pinang...


Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang hari ini dalam sidang media di Wisma UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan Ketua Menteri Guan Eng yang menggelar Datuk Jahara sebagai NENEK RASIS baru-baru ini.

Tindakan yang tidak profesional oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu di lihat sebagai tidak sensitif dan tidak menghormati sensitiviti gender.



Selain dari itu isu perobohon gerai-gerai milik bangsa Melayu juga turut di bangkitkan memandangkan sikap "double standard" kerajaan negeri selama ini bila mana gerai milik kaum-kaum tertentu sahaja yang di kenakan tindakan yang di ibaratkan sebagai "Selective Enforcement" yang jelas bertentangan dengan slogan yang sering di laungkan oleh kerajaan negeri iaitu CAT.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Semakin Biadap Terhadap Rakyat...???

Seorang wakil rakyat daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang telah memukul dengan tangan Oleh YB Hock Seng.

Ini menunjukkan Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin biadap dan kurang ajar terhadap rakyat tidak kira kaum.

Dalam Kejadian tersebut, G.Paradase Naidu, 36 Tahun ke pejabat ADUN Bangan Jermal Lim Hock Seng di Jalan Raja Uda untuk memohon kebenaran mengadakan majlis  Ponggal. ADUN tersebut terus memarahi dan memukul G.Paradase dan menghalau keluar dari pejabat tersebut.

Adakah ini sikap yang baik sebagai eorang wakil rakyat yang di pilih oleh rakyat ? Sehinggakan sanggup memukul rakyat atas sebab yang tidak munasabah.

Cuba kita semua lihat kerakusan Kerajaan DAP Pulau Pinang sekarang. Melakukan tindakkan sesuka hati tanpa mengira kaum lagi.

Bagi mereka, siapa yang mempunyai kepentingan kepada mereka akan dilayang bak raja, akan tetapi kepada sesiapa yang membantah dan melawan mereka atas sebab-sebab tertentu mereka akan dilayan seperti haiwan yang tidak mempunyai perasaaan.

Adakah ini DAP sebuah kerajaan yang baik....???
Kerajaan DAP hanya mencari kepentingan sendiri sahaja...!!!

PERDA Beri Bantuan Yang Setimpal...


TASEK GELUGOR 21 Dis. - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) menyediakan peruntukan besar bagi membiayai program pendidikan dan kebajikan tahun ini dalam usaha memenuhi tanggungjawab sosialnya.


Pengerusi Perda, Datuk Shahbudin Yahaya berkata, sebanyak RM2.8 juta telah dibelanjakan untuk pendidikan dan RM240,000 untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat miskin.


"Peruntukan besar dalam bidang pendidikan disalur bagi membolehkan pelajar kurang mampu mendapat peluang sepenuhnya meneruskan pelajaran seperti rakan lain.


"Sehingga kini hampir 100,000 pelajar negeri ini mendapat manfaat yang dibuktikan melalui peningkatan pencapaian dalam peperiksaan yang diduduki mereka," katanya selepas menyampaikan uniform sekolah kepada 180 pelajar kurang mampu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Ayer Tawar, Sungai Dua dan Permatang Berangan di sini semalam.


Shahbudin yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor menjelaskan, bantuan tersebut diberikan setiap tahun bertujuan mengurangkan beban ibu bapa menjelang sesi persekolahan baharu.

Sumber

Rafizi Sememangnya Ditugaskan Untuk Menipu Rakyat...???



PENIPU..!!! Rafizi Kantoi Lagi Dengan Menuduh Kerajaan Gadai Aset Negara Selepas Isu Tol Kesas.

Pendedahan Rafizi hari ini kononnya kerajaan Malaysia menggadaikan harta negara untuk kurangkan defisit sebenarnya bertujuan untuk meneruskan momentum kemarahan rakyat dalam isu2 kompleks yang bersifat teknikal dan sukar untuk rakyat marhain faham . Rafizi cuba menimbulkan kekeliruan apabila mengambil rujukan laporan World Bank - Malaysia Economic Monitor . Dari petikan artikel Malaysiakini ;

"Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan."

Dalam erti kata mudah , kerajaan terdesak untuk kurangkan defisit kepada 4% dengan menjual aset-aset negara . Persoalan yang timbul dalam fikiran kebanyakan orang apakah aset-aset negara berkenaan ? Adakah ia terdiri dari aset-aset bangunan , tanah, jentera dan lain2 ? Laporan berkenaan tidak menyatakan jenis-jenis aset yang 'digadai' oleh kerajaan , dan pada siapa aset itu digadai? . Jadi ini adalah peluang terbaik bagi Rafizi untuk 'spin' dan menimbulkan persepsi buruk pada kerajaan. 

Penulis membuat beberapa carian di laman web untuk memahami perkara ini dan menemui satu artikel yang agak menarik dari portal The Malaysian Insider mengenai perihal Khazanah yang memperoleh RM13.6 billion dari aset yang dijual . Artikel yang bertajuk "Government says Khazanah gained RM13.6b from asset divestment" ditulis pada 13 March 2012 .

Antara petikan artikel ialah ;

"Putrajaya today defended the ongoing divestment of non-core assets by state-owned investment arms, stating that Khazanah Nasional has made profits of RM13.6 billion from the exercise over the past seven years.

The finance ministry told Parliament that from May 2004 to the end of last year, Khazanah sold RM31.7 billion worth of ‘non-core’ assets, making gains of about 43 per cent."

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had announced on February 9 that Khazanah and PNB will transfer 10 non-core businesses to Bumiputera companies that have good potential to grow after an open evaluation process."

Melalui petikan artikel di atas , pihak kerajaan menjelaskan penjualan melibatkan 'non-core assets' , dari laman web Investopedia 'non-core assets' termasuk hartanah, komoditi, sumber semula jadi, mata wang dan bon pulangan tinggi , mantan Timb. Menteri Kewangan, Donald Lim dalam artikel berkenaan menyatakan kerajaan hanya menjualkan pegangan dalam 'non-core assets' apabila nilai aset2 berkenaan meningkat. Dari artikel berkenaan juga dinyatakan PNB dan Khazanah menjual pegangan pada syarikat-syarikat milik Bumiputera. 

Penulis bukan lah pandai sangat bab-bab ekonomi ni, tetapi apa yang boleh diandaikan penemuan dari laporan yang didedahkan oleh Rafizi mengenai kerajaan 'lelong' aset sebenarnya bukanlah satu pendedahan yang besar , cuma ia di olah semacam kerajaan terdesak untuk mendapatkan sumber kewangan sedangkan penjualan aset kepada syarikat-syarikat milik Bumiputera yang berpotensi telah dibuat sejak tahun 2004 lagi. Jadi pada penulis ia bukan lah sesuatu yang mengejutkan kerana pada masa yang sama juga kerajaan melalui Khazanah dan PNB turut membeli aset2 yang lain. 

Dari Sumber.. Klik Sini

Kebajikan Pelajar Di Parlimen Baling Terjamin. @azeezputera @MukhrizMahathir @NajibRazak



Baling - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yaang merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, merangkap Ahli Parlimen Baling hari ini telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada Pelajar-Pelajar UPSR dan PMR 2013  serta Penyampaian Sumbangan Pengajian IPTA/IPTS di Peringkat Parlimen Baling.




Ini adalah satu penghargaan yang seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar di sekitar Parlimen Baling yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam pelajaran mereka.

Di antara penerima sumbangan tersebut ialah 19 pelajar daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pengang yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR dan setiap pelajar menerima Sumbangan sebanyak RM1000 setiap orang.


Selain itu, 1000 set pakaian sekolah juga turut di sumbangkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga yang kurang kemampuan di sekitar Parlimen Baling.

Ini adalah keprihatinan dan penghargaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di dalam menjaga kebajikan dan pembangunan modal insan setiap pelajar di Parlimen Baling, Program seumpama ini di laksanakan demi memastikan setiap anak-anak di Parlimen Baling memdapat pelajaran yang sewajarnya tanpa ada yang keciciran di dalam pelajaran.


Semoga usaha seperti ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan pelajaran bagi anak-anak di Parlimen Baling. Malah, semoga bantuan seumpama ini dapat dijadikan contoh kepada semua pemimpin di seluruh Malaysia.


Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Azeez di atas usaha beliau di dalam menjaga kebajikan rakyat di sekitar Parlimen Baling. Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Nuri Terhempas Lagi...!!!


Sebuah helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas ketika melakukan tugasan keselamatan di kawasan Pulau Perak, dekat Kedah, semalam.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan kerana helikopter itu mengalami masalah teknikal.


Tiga orang krew di dalam helikopter itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Sumber TUDM ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian itu tetapi tidak menyatakan masa berlaku.


Katanya siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu akan dilakukan secepat mungkin. - BERNAMA



Sunday 22 December 2013

GST Menyusahkan Rakyat Atau Sebaliknya...???

 

Jika dilihat senario politik di Malaysia sekarang, Kerajaan Barisan Nasional nampaknya akan terus hilang kepercayaan dan undi oleh rakyat. Isu-isu yang mula dimainkan oleh Pakatan Rakyat juga tidak kurang hebatnya yang membolehkan rakyat akan sedikit demi sedikit akan hilang kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Isu sensitive rakyat Malaysia adalah kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ini akan menyebabkan Pihak Pembangkang terus dan terus menghentam kerajaan dan menghasut semua rakyat Malaysia agar terus memberi tekanan terhadap kerajaan. 

Kerajaan Perlu lakukan sesuatu demi mempertahankan pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia, Jika mahu melihat masa depan Ornag-orang Melayu terus terbela. 


Satu tinjauan dan penyelidikkan yang dilakukan oleh badan yang kononnya bebas iaitu Merdeka Center pada 4 - 12 Disember menunjukkan 47 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan kekecewaan terhadap peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Merdeka Center juga mengesahkan jika isu GST dimainkan secukupnya oleh pakatan haram terutama dikawasan kampung yang menjadi deposit kepada Barisan Nasional sudah pasti Pakatan Haram akan beroleh kejayaan pada PRU14 nanti.


Pakatan Haram mengambil kesempatan selepas kerajaan mengurangkan subsidi petrol dan gula, serta mengumumkan tarif elektrik dan yang lebih teruk lagi belum tol dinaikkan mereka sudah mencanang seluruh pelusuk dunia.


Tetapi yang menariknya Merdeka Center yang kononnya bebas tidak pernah membuat kajian atau tinjauan di negeri-negeri diperintah oleh pakatan haram. Cuba sesekali buat tinjauan kehidupan rakyat khususnya orang Melayu selepas pakatan haram memerintah terutamanya di Pulau Pinang.


Dengan kelulusan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa pada April 2015 menjadikan pakatan haram mempunyai isu yang agak besar untuk dimanipulasikan dan seterusnya menghasut orang kampung.


Menurut pakatan haram"Melayu bandar sudah menolak Umno kerana hampir kesemua kaum cina sudah tidak mahu Melayu berkuasa lagi.


Kini Melayu Pas dan PKR akan membawa isu GST ke kampung-kampung demi untuk mendapat sokongan daripada orang kampung.


Umno jangan terlalu selesa dengan membiarkan ini berlalu begitu sahaja tanpa penerangan yang jelas agar orang kampung tahu kedudukan yang sebenarnya.


Kita juga sedia maklum apa yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasionala adalah untuk memastikan ekonomi Malaysia terus stabil. Tetapi Kerajaan Barisan Nasional harus memikirkan langkah-langkah yang terbaik untuk memastikan terus mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

Jangan sampai Kerajaan Barisan Nasional tumbang di PRU Ke-14 nanti. 
Jangan sampai Malaysia akan jadi seperti Singapora suatu hari nanti.
Jangan Sampai Ketuan Melayu hilang di Malaysia...!!!

Sadao, Thailand Di BOM...!!!

Foto

Sadao (Thailand): Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.


Letupan terbaru di Hotel Oliver mengakibatkan sembilan warga Thailand yang juga peniaga berdekatan cedera parah.
Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.
Sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.


Kepada Rakyat Malaysia yang merancang untuk ke Sempadan Thailand mahupun masuk ke Thailand di harap menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini adalah untuk mengelak daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.



Saturday 21 December 2013

MCA Perlu Berubah...


Perhimpanan Agung MCA yang berlangsung telah mendapat kata-kata suntikkan baru dari pada Perdana Menteri. Ini adalah dalam membantu Parti MCA terus dipandang sebagai parti yang membolehkan kaum Cina  untuk bersama-sama meyokong dan mengundi Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadangkan empat langkah dalam memastikan Parti MCA terus bertahan dan mengekalkan kedudukannya.

Katanya, langkah pertama yang perlu dilakukan MCA ialah kembali bersatu di kalangan ahli-ahlinya.
"Dalam sejarah (pemilihan) MCA wujud Team A, Team B dan Team C. Kalau setiap kali berbalah di peringkat atas kesannya MCA akan berpecah dua atau tiga.
"Jadi setiap kali ada pertandingan, MCA sebagai sebuah parti akan menjadi lebih kecil," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma MCA di sini, Sabtu.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata MCA juga perlu melakukan penstrategian semula dalam parti sebagai langkah kedua.
Katanya, parti itu perlu melihat semula kelemahan dan kekuatannya yang mana ia telah pun dijalankan selepas menunjukkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Dalam hal ini beliau berkata kerjasama antara kaum Bumiputera dan Cina perlu menjadi pegangan selain kembali kepada prinsip dan pegangan asal parti.
"Strategi baru perlu diimplementasi untuk terus yakinkan ahli-ahli MCA bahawa formula perkongsian kuasa dalam BN adalah yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu Najib juga mencadangkan supaya MCA memberikan semula nafas dan ssmangat baru kepada parti.
Sebagai langkah terakhir beliau berkata MCA perlu memastikan parti itu diiktiraf kembali oleh masyarakat Cina.
Jelasnya, semua ini memerlukan usaha keras sebelum ia menunjukkan hasil.

Umat Islam Di Malaysia Semakin Pincang.


Jika dilihat melalui pandangan politik tentu kita faham dan arif tentang perpecahan Umat Islam di Malaysia. Masalah politik telah menyebabkan umat islam berpecah-belah dalam berbagai kelompok dan berpuak-puak.

Perpecahan politik juga terpengaruh kepada perselisihan faham di dalam Akidah, Syariah dan tidak ketinggalan juga kepada perkembagan Hadith, Tafsir, Tasawuf dan sebagainya. Sehinggakan kita boleh lihat sendiri ada juga di kalangan pemimpin-pemimpin politik sanggup maki-hamun, fitnah dan yang paling teruk sekali adalah apabila sanggup mengkafirkan sesama Muslim.


Perbezaan politik dari parti UMNO, PAS, PKR, DAP dan parti-parti bebas yang lain amatlah merisaukan terutamanya perpecahan Umat Islam. Umat Islam sekarang terbahagi kepada puak-puak mengikut fahaman politik masing-masing. 


Kita ambik UMNO dan PAS sebagai contoh. UMNO membawa perjuangan untuk orang Melayu Khususnya Agama Islam, begitu juga bagi Parti PAS yang juga membawa perjuangan untuk Orang Islam. Cuba kita bayangkan jika UMNO dan PAS bersatu, semestinya Agama Islam kuat dan teguh berdiri di Malaysia. Kaum lain juga akan mula takuk dan gerun dengan perpaduan Umat Islam dan sekaligus Umat Islam tidak akan diusik oleh kaum lain. Tetapi apakan daya, akibat politik Islam berpecah.

Cuba kita lihat Kaum Cina yang kini mula bersatu di bawah Parti DAP. Mereka kuat dengan semangat perkauman mereka, walaupun hari ini kita lihat ada juga kaum cina yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional tetapi itu hanya lakonan semata-mata oleh kaum cina. Hakikatnya kaum Cina bersatu di bawah satu parti iaitu Parti DAP. Ini jelas kita lihat semasa Pilhan Raya Umum Ke-13 yang lepas, Kaum Cina banyak yang tidak memberi undi kepada kerajaan Barisan Nasional. Mereka banyak memberi undi kepada Parti yang menjaga kepentingan kaum mereka sendiri.

Sudah tiba masanya Umat Islam bersatu di bawah satu bumbung tidak kiralah di bawah Parti UMNO Mahupun Parti PAS. Ini adalah demi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri. Jangan sampai Malaysia ditukar daripada agama rasminya Islam kepada agama lain.


Ayuh Umat Islam kita Bangkit dan Bersatu demi Martabatkan Agama Islam Di Mata Dunia. Pertahankan Agama Islam.

Penjawat Awam Sentiasa Beruntung...!!!



Kerajaan bersedia membina projek perumahan untuk penjawat awam dalam lingkungan harga sekitar RM90,000 bagi membolehkan semua peringkat golongan itu dapat memiliki rumah sendiri



Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dengan kajian menyeluruh untuk menambah satu lagi projek perumahan rakyat selain Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), projek perumahan rakyat (PPR) dan program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang sedang dibangunkan ketika ini.

Kata beliau, kerajaan sedar bahawa penjawat awam peringkat kumpulan pelaksana sebahagian besarnya tidak mampu memiliki rumah PPA1M yang ditawarkan pada harga RM150,000 hingga RM300,000.

"Saya telah bercakap dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan membina rumah kepada penjawat awam dalam lingkungan harga tersebut kerana itu yang terbaik tetapi kita perlu rancang dahulu.

"Kita akan cari satu model rumah lagi dengan harga RM90,000, kita akan kaji untuk dilaksanakan di Putrajaya dan bandar-bandar utama, apa yang penting kita mahu merealisasikan pemilikan rumah oleh penjawat awam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama warga kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) ketika sesi lawatan beliau di institut tersebut di Taman Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Pada April lalu, Perdana Menteri melancarkan PPA1M sebagai satu usaha terbaharu kerajaan membantu penjawat awam membeli kediaman mampu milik yang bermutu.

Pada peringkat permulaan, sebanyak 10,336 unit rumah mampu milik akan dibina menerusi projek tersebut di Putrajaya pada harga RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai dari 1,000 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi berkonsepkan kondominium yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan untuk mempertimbangkan cadangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya pinjaman perumahan dapat disamakan dengan harga rumah.

"Ada juga syor CUEPACS supaya potongan rumah itu sehingga sampai masa pencen tetapi kita tidak mahu pula penjawat awam berada di bawah garis kemiskinan, apa pun kita akan cari jalan untuk menyelesaikan masalah," katanya. - UM

Kita semua sedia maklum, penjawat awam sentiasa menerima keistimewaan dan insentif yang berbaloi-baloi dari segala segi oleh Kerajaan Barisan Nasional. Contohnya kenaikan gaji dan bonus-bonus yang di berikan daripada pihak kerajaan.

Tapi sejauh manakah penjawat awam ini menyokong Kerajaan Barisan Nasional ? Terutamanya penjawat awam daripada golongan cikgu, cikgu merupakan golongan terbesar yang tidak menyokong kerajaan BN dan mereka ini juga yang menerima banyak kelebihan insentif daripada kerajaan BN.

Fikir-fikirkanlah...
Renung-renungkanlah...

Saluran Pembentungan Dijadikan Tempat Menyimpan Al-Quran...!!!



 RIYADH - ARAB SAUDI. Lebih 50 al-Quran ditemui di dalam sistem pembetungan di bandar Taif dalam satu insiden menggemparkan di Arab Saudi.


Menurut jurucakap Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Maksiat, kejadian itu dilaporkan oleh seorang pelajar tempatan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah Al-Salama.



Susulan daripada itu, pihak berkuasa bertindak segera menghubungi bomba untuk membuka saluran sistem pembetungan tersebut sebelum menemui puluhan al-Quran terbabit.



*Puluhan Al-Quran Al-Quran di temui di dalam saluran pembentungan di Bandar Taif.

Media tempatan melaporkan gambar penemuan al-Quran yang telah dikoyakkan sebelum dibuang ke dalam sistem saliran itu turut menjadi perbualan hangat di kebanyakan laman sosial dan ia disifatkan sebagai perbuatan biadab individu tidak bertanggungjawab. 



Difahamkan, laporan dipetik dari Press TV, insiden sama pernah dilaporkan pernah berlaku pada awal tahun lalu dan ia telah mencetuskan kemarahan banyak pihak kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah negara Islam. 


Apa yang berlaku di Arab Saudi mungkin akan berlaku di Malaysia. Bukan kerana bercakap kosong, tetapi penindasan kepada Umat Islam di Malaysia sudah bermula terjadi sedikit demi sedikit. Perpecahan Umat Islam di Malysia kian menjadi-jadi akibat oleh perbezaan politik.


Friday 20 December 2013

Tahniah Kepada Aril AF Kerana Telah Dipertemukan Jodoh.


Syukur Alhamdulillah kini Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telah pun sah bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, kira-kira jam 3.10 petang tadi di Kota Bharu, Kelantan. Kedua-dua mempelai kelihatan segak bergaya dan cantik menawan dalam persalinan serba putih.


Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.


Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.

Tahniah diucapkan buat Aril dan Erma atas pernikahan ini. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!

Suami Aida Sangsi Dengan Aida Sehinggakan Aida Dicerai Talak Satu.



Gosip panas Noraidah bersama Adi Putra semakin panas apabila yang terbaru Noraida didakwa telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu. Berita itu mengejutkan semua pihak dan menimbulkan tanda tanya kepana kejadian tersebut boleh berlaku. Seperti ada sesuatu kemungkinan di sebalik kes Noraidah dan Adi Putra, benar ataupun hanya rekaan semata-mata.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. ~Sinar Harian

Bang Non Kaya Sebab Tol Konsensi...???


Di lihat gambarajah di atas kita boleh agak siapa yang paling bertanggungjawab di dalam isu pembayaran tol.

Kita semua sedia maklum semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1998 beliau telah meluluskan 14 perjanjian konsensi tol di Bawah Kementerian Kewangan.

Agaknya berapa banyak Bang Non untung masa tue? Patut la Bang Non hidup senang-lenang lepas digugurkan dalam UMNO. Rupa-rupanya ada benda lain yang buat dia kaya raya.

Macai-macai tegar PR kenapa tak mahu spin isu ini. Sedangkan Anwar yang meluluskan perjanjian konsensi tol ini. 

Ataupun suruh Bang Non sara macai-macai tegar PR dalam isu kenaikan harga tol konsensi. Bang Non kan banyak duit, nak kemana saja dengan  jet atau helikopter yang di sewa khas. Mana la Bang Non nak kena bayar tol.



Bukan cakap kosong, tapi ini semua kenyataan. Pemimpin PR hidup mewah, tetapi macai-macai PR hanya hidup sekadar untuk menyalak.

Makhluk Apa Yang Merangkak tue...???



Kalau kita lihat secara mata kasar seolah-olah hanya bayangan yang terbentuk di muka dinding bangunan tersebut. Akan tetapi jika kita amati betul-betul bayangan tersebut, ianya seperti merayap dari atas bangunan tersebut sehinggalah ke sisi bawah bangunan tersebut.


Kalau nak kata orang kenapa besar dan kaki tangan dia panjang sangat. Kalau nak kata labah-labah pun tak masuk akal, sebab labah-labah berkali enam ini kaki empat.

Apakah makhluk misteri itu? 
Adakah hanya ilusi sahaja? 
Ataupun ada yang edit video tersebut? 
Ini semua menjadi persolan yang bermain di minda sekarang. 

Mari kita saksikan rakaman video amatur di bawah :-



Tidak mustahil jika kejadian tersebut benar-benar berlaku. Ini menunjukkan kekuasaan Allah swt yang Maha Esa dan mampu menjadikan mengikut kehendak daripada- NYA.

Klik Di Sini