Saturday 27 December 2014

Pemuda Semangat Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor hari ini turun padang bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dalam Misi Bantuan Kemanusian Mangsa Banjir.

Bantuan daripada 13 bahagian UMNO dalam Pulau Pinang itu disalurkan ke negeri Perak yang turut terjejas akibat bencana banjir.

Konvoi melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuk lori-lori berisi barangan bantuan pelbagai jenis berlepas dari Masjid Seberang Jaya kira-kira jam 2.30 petang tadi dan menuju ke Techno Trade Centre (PTTC) Bandar Meru Raya , Ipoh Perak.

Barangan berupa makanan dan keperluan asas lain di serahkan kepada wakil daripada negeri Perak sebaik tiba di pusat pengumpulan dan akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Perak.

Sementara itu jumlah mangsa banjir di Perak meningkat sebanyak 6,335 orang melibatkan 1,576 keluarga berbanding 6,119 mangsa daripada 1,513 keluarga petang tadi.
   
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, bilangan mangsa di Perak Tengah menunjukkan peningkatan iaitu 3,113 orang daripada 796 keluarga berbanding 2,914 melibatkan 728 keluarga petang tadi.
   
Kawasan yang dinaiki air di derah itu ialah Belanja, Bota Kiri, Lambor Kiri, Lambor Kanan, Parit, Bota Kanan, Kampung Gajah, Pasir Salak dan Layang Kiri.
   
Jumlah mangsa yang terjejas di Kuala Kangsar juga meningkat kepada 2,629 orang melibatkan 633 keluarga berbanding 2,579 mangsa petang tadi.
   
Sementara di Hulu Perak yang melibatkan kawasan Lenggong, mangsa yang terjejas menurun kepada 593 mangsa berbanding 626 orang sebelumnya.

Kesemua mangsa ditempatkan di 51 pusat pemindahan.












2 comments:

  1. Salam..kalau ada yang hendak sampaikan bantuan kepada mangsa banjir..seperti selimut..baju dan sebagainya..bagaimana hendak salurkan.?
    di kawasan tasek gelugor..di mana temoat boleh bagi bantuan seperti ni.?mohon respon secepat yang mungkin..sebab saya ingin memberi bantuan kepada mangsa banjir..

    ReplyDelete
  2. Maaf Nur' Atiqah kerana lewat respon , Rasanya mungkin pihak Puan sudah pun menyalurkan bantuan seperti mana yang di sebut sebelum ini.
    Jutaan terima kasih di ucapkan
    Walau bagaimanapun sekiranya pihak Puan masih belum menyalurkan bantuan tersebut bolehlah berbuat demikian dgn menyalurkan bantuan tersebut kpd salah satu NGO di Smpg 3 Pokok Sena yg masih menerima barangan sumbangan.Pihak TGP akan usahakan untuk mengenal pasti pusat2 pengumpulan lain dan akan maklumkan secepat mungkin.TK atas keprihatian pihak Puan

    ReplyDelete