Tuesday 18 June 2013

UMNO & Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor Bantu Mangsa Ribut


TASEK GELUGOR 17 Jun - Sebanyak 20 keluarga di kawasan Parlimen Tasek Gelugor yang terjejas akibat kejadian ribut dan angin kuat Khamis lalu menerima bantuan bencana alam daripada UMNO.

Mereka yang terbabit terdiri daripada penduduk di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Permatang Berangan dan Sungai Dua yang terpaksa menanggung kerugian setelah rumah mereka rosak dipukul ribut.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, bantuan itu diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung penduduk terlibat.

"Ribut yang melanda negeri ini Khamis lalu turut mengakibatkan beberapa buah rumah di sekitar Seberang Perai mengalami kerosakan.

"Pihak UMNO Bahagian Tasek Gelugor amat bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk dan atas dasar itu kita telah memberi bantuan sebanyak RM300 untuk 20 keluarga supaya mereka dapat menggunakan wang tersebut untuk membaiki rumah yang rosak," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan berkenaan di sini hari ini.Baca Seterusnya 

Sementara itu hari ini pada sebelah pagi tadi bertempat di Pusat Khidmat ADUN Teluk Air Tawar telah di langsungkan pula bantuan yang serupa bagi penduduk di DUN Teluk Air Tawar.YB Ustaz Shabudin Yahya bersama dengan YB Datuk Jahara Hamid telah melapangkan masa bagi menyampaikan bantuan kepada 28 mangsa ribut tersebut.





Memetik sebahagian daripada ucapan YB Ustaz Shabudin Yahya " Peruntukan ini merupakan peruntukan daripada kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua wakil rakyat supaya sentiasa melihat dan menjaga kebajikan rakyat di bawah.Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin akan untung nasib rakyatnya bantuan ini di salurkan sebagai tanda kita komited dan janji kita untuk berkhidmat kepada rakyat di tepati ".

TGP

2 comments:

  1. Salam perjuangan, terimakasih kerana memautkan blog saya-UnReportedNews™® dengan blog tuan, pautan blog tuan jua telah saya adakan, terimakasih sekali lagi :)

    ReplyDelete
  2. Link Blog tuan sudah saya pautkan, terima kasih dan selamat berjuang

    ReplyDelete