Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini menyaksikan bagaimana kelakuan serta sikap berat sebelah malah jauh sesat wakil-wakil parti PAS apabila bangun mencelah perbahasan Ahli Parlimen BN daripada Tasek Gelugor YB Shabudin Yahya.
Hujah YB Shabudin Yahya cuba di celah oleh Ahli Parlimen lain (PAS) apabila kenyataan beliau tentang haramnya hukum menentang pemerintah di ungkapkan.Keadaan berterusan menjadi semakin panas apabila YB Shabudin memetik apa yang di sebut oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Shara Sahih Muslim iaitu menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka maka hukumnya adalah haram.
Kemudiannya YB Shabudin memberikan contoh termasuk dalam takrifan menderhaka itu adalah membantah tanpa mengikut saluran yang sah seperti penganjuran demontrasi jalanan dan merosakkan kesejahteraan awam sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang.
Di sinilah ahli-ahli parlimen daripada PAS mula bangun untuk mencelah dan keadaan semakin panas sehinggakan perlunya campur tangan Timbalan Speaker bagi menenangkan keadaan.
Lihat video di bawah
Agak melucukan apabila telatah ahli-ahli parlimen PAS yang begitu bersemangat mempertikaikan hujah YB Shabudin dengan alasan ianya menyimpang daripada fakta sebenar.Namun perlu diingat sememangnya apa yang diungkapkan oleh YB Shabudin itu adalah benar dan beliau memberikan contoh berdasarkan maksud membantah tanpa mengikut saluran yang sah dan menderhaka dalam kontek masa kini seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembangkang melalui demontrasi terancang contohnya Black505.
Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):
وَأَمَّا الْخُرُوج عَلَيْهِمْ وَقِتَالهمْ فَحَرَام بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنْ كَانُوا فَسَقَة ظَالِمِينَ
“Adapun keluar dari ketaatan terhadap pemimpin (penguasa) serta memerangi (atau membangkang) mereka, maka hukumnya adalah haram menurut kesepakatan (ijma’) umat Islam, walaupun pemimpin tersebut bersifat zalim lagi fasiq.” (Perkataan Imam an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/229. Turut disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari) Baca Seterusnya
Apa yang pasti wakil-wakil PAS yang bangun mencelah itu di lihat begitu bersungguh-sungguh sampaikan menegur YB Shabudin Yahya supaya menarik balik hujah beliau namun seperkara yang menjadi persoalan dalam kotak fikiran MMI adalah mengapa sebelum ini apabila ada kejadian yang hampir serupa iaitu isu-isu yang menghina agama Islam dan melibatkan pemimpin dan pihak pembangkang tidak ada satu suara pun yang keluar dari mulut-mulut wakil-wakil PAS ini.
Tak percaya Klik Sini
TGP
No comments:
Post a Comment