Thursday 17 January 2013

Pemuda BN Ikrar Pertahankan Tasek Gelugor !!


Tasek Gelugor - Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor Pulau Pinang yang akan menganjurkan satu perhimpunan barisan pemuda melibatkan parti-parti komponen kini dalam rangka persiapan yang terakhir.Himpunan Pemuda Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor ini merupakan julung-julung kalinya dianjurkan dan bakal menghimpunkan bukan saja barisan pemuda parti-parti komponen tetapi turut juga mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk daripada sayap-sayap wanita dan puteri.

Saudara Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor sewaktu ditemui oleh TGP berkata himpunan ini bukanlah satu himpunan bagi menyaingi mana-mana himpunan sebelum ini,ianya mahu dizahirkan kerana kita tahu bahawa dalam PRU13 yang hanya menantikan masa ini satu permuafakatan dan hubungan sesama parti komponen itu amat perlu digembleng bagi memastikan Tasek Gelugor mampu menyumbang 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN kepada Barisan Nasional.

"Sedar akan betapa sengitnya pilihan raya yang bakal tiba itu maka Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor mahu memastikan jentera pemudanya bersiap sedia dan ianya akan di mulakan dengan himpunan ini bagi membuktikan taat setia kita kepada parti" katanya.

Himpunan Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan turut melibatkan semua pimpinan dalam bahagian Tasek Gelugor termasuklah kepimpinan di peringkat parti-parti komponen seperti PPP,Gerakan,MCA,MIC dan juga UMNO.

Selain dari itu Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor turut menjemput artis Aswad AF5 dan juga Hykall bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan.

Dalam masa yang sama jentera Gerak Gempur Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor akan dilancarkan pada hari tersebut oleh YB Ustaz Syabudin Yahya selaku Pengerusi Barisan Nasional Tasek Gelugor bersama-sama kepimpinan lain.

Semua dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan himpunan yang akan diadakan pada tarikh 19 Januari 2013 bertempat di Dewan HYO Pokok Machang Tasek Gelugor Pulau Pinang pada jam 8.00 malam.

No comments:

Post a Comment