Monday 21 October 2013

BANJIR Di Tasek Gelugor !!


Berikutan hujan lebat yang bermula sejak hari sabtu yang lalu , Tasek Gelugor kini di landa banjir sehingga mengakibatkan penduduk di beberapa buah kampung perlu di pindahkan ke pusat-pusat penempatan sementara yang di buka.

Berdasarkan sumber , selain dari hujan di sekitar kawasan Tasek Gelugor hujan lebat di daerah Baling Kedah juga menjadi punca kenaikan paras air secara mendadak di beberapa sungai dan ianya mengalir terus melalui hubungan di antara sungai-sungai yang terlibat termasuklah di kawasan Tasek Gelugor.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Paya Tok Akil,Padang Menora,Lahar Yooi,Seberang Tok Dol,Labuh Banting,Lubuk Meriam dan beberapa kawasan sekitar.










Melalui pemantauan yang di lakukan oleh TGP tengah malam tadi pengaliran air di sungai masih berterusan dengan arus yang agak kuat dan ini memungkinkan paras air akan terus naik.Walaubagaimanapun semua agensi kerajaan seperti PDRM,Pertahanan Awam,JKR,TNB dan lain-lainnya sudah pun berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


Sejak pagi tadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor , YB Datuk Shabudin Yahya bersama-sama dengan ADUN kawasan Permatang Berangan dan Sungai Dua sudah pun turun padang melawat mangsa-mangsa banjir dan memantau kawasan terlibat.
YB Datuk Shahbudin Yahaya berkata seramai 300 orang di 13 buah kampung telah dipindahkan ke pusat sementara di Paya Tok Akil, Padang Menora dan Lebuh Banting.
"Mereka adalah daripada 53 buah rumah di 13 kampung berhampiran Sungai Jarak yang dilanda banjit kilat akibat hujan lebat dan air sungai melimpahi kawasan berkenaan.
"Setakat ini kita salurkan bantuan segera berupa keperluan asas dan bantuan susulan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diberikan dalam tempoh terdekat," katanya.Baca Seterusnya 
Berikutan itu sebanyak 5 buah pusat penempatan mangsa banjir telah di buka melibatkan Paya Tok Akil,Desa Puri,Lubuk Meriam,Padang Menora dan Chegar. 




Dalam masa yang sama bantuan berupa makanan dan keperluan harian sudah pun di hulurkan dan akan berterusan dari masa ke semasa.



Sehingga berita ini di tulis semua mangsa sudah pun di pindahkan dan tidak ada laporan yang mengakibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan yang di laporkan.

TGP

No comments:

Post a Comment