Menjelang tahun baru 2014, Malaysia akan menjadi sebuah negara pelancongan yang terkenal di mata dunia. Pada tahun 2014 merupakan tahun untuk melawat Malaysia. Malaysia telah menjadi tempat tumpuan para pelancong dari luar negara untuk datang melancong di Malaysia. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk menarik lebih ramai pelancong luar masuk ke Malaysia.
Malaysia mempunyai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi. Malah Malaysia juga mempunyai kemudah-kemudah yang cukup lengkap untuk memenuhi keperluan para pelancong dari luar negara.
Cuba kita bayangkan, jika berlakunya rusuhan dah himpunan yang akan menyebabkan ekonomi negara Jatuh dan sekaligus menyebabkan pelancong dari luar negara takut untuk berkunjung ke Malaysia.
Bagaimana mahu mencapai matlamat tahun 2014, tahun melawat Malaysia?
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya sedar bahawa kita rakyat Malaysia perlu peka dan prihatin dengan segala tindakkan kita yang akan datang. Jangan lakukan dengan hati yang marah, alamatnya akan menjadikan Malaysia tidak aman dan makmur pada masa akan datang.
Cuba kita bayangkan, dengan berlakunya rusuhan dan perhimpunan yang akan mengancam lebih teruk ekonomi negara dan menyebabkan negara boleh kembali ke zaman kegawatan ekonomi yang teruk pada masa akan datang.
Jika mahu membantah bukan dengan cara kekerasan, bukan dengan cara jalanan. Buruk padahnya akan terjadi. Ada saluran yang betul untuk kita menyuarakan ketidak puas hati kita.
Bertindak mengikut peraturan dan undang-undang. Jangan sampai menyesal kemudia hari.
Anak cucu kita kian membesar, jangan sampai anak cucu kita tidak merasai nikmat hidup di dunia dan merasai keamanan di Malaysia
No comments:
Post a Comment