Wednesday 20 March 2013

Jamuan Makan Malam Kadun Teluk Air Tawar Meriah !!


Teluk Air Tawar- 15 Mac 2013- Jamuan makan malam peringkat Kadun Teluk Air Tawar telah berlangsung di Padang Awam Taman Senangan, dihadiri dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya daripada kaum Cina, India dan Melayu. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Tan Sri Nor Muhamed Yackop Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan turut bersama-sama YB Ustaz Shabudin Bin Yahya, Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Merangkap Adun Permatang Berangan, YB Dato' Hajjah Jahara Adun Teluk Air Tawar,YB Dato' Jasmin Mohamed Adun Sungai Dua, Saudara Hasbul Hazani Ketua Pemuda Bahagian Tasek Gelugor, Saudari Nor Hafizah Ketua Puteri UMNO Negeri Pulau Pinang merangkap Ketua Puteri Bahagian Tasek Gelugor dan turut dihadiri En. Teng Chang Yeow Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.




Dalam majlis tersebut YB Tan Sri Nor Muhamed Yakcop bersama-sama YB Ustaz Shabudin Bin Yahya telah memberi amanat kepada para tetamu yang menghadiri majlis tersebut dengan menyatakan bahawa rakyat perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini perlu untuk mengembalikan kegemilangan rakyat Pulau Pinang dari terus ditindas oleh kerajaan DAP. 




Jamuan makan malam tersebut telah dihadiri hampir 2000 orang dari pelbagai kaum.Di dalam majlis tersebut, pihak penganjur telah menyediakan hidangan makanan yang terbaik dan pihak penganjur juga telah menyediakan hampir 30 cabutan betuah yang merupakan barangan keperluan dapur. Ini adalah untuk kemudahan keperluan penduduk.



En. Teng Chang Yeow juga turut memberi sepenuh tumpuan kepada gerak kerja di dalam Barisan Nasional untuk memastikan kejayaan Barisan Nasional di Negeri Pulai Pinang. Ini membuktikan Kerajaan Barisan Nasional tidak meminggirkan mana-mana rakyat walaupun berbeza budaya dan kefahaman.-TGP

No comments:

Post a Comment