Saturday 2 March 2013

Jentera PDM Jalan Masjid Kini Bersedia !!


Teluk Air Tawar- 2 MAC 2013- YB Ustaz Shabudin Bin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Tasek Gelugor hari ini sekali membuat lawatan kerjanya dalam Program 'Santai Bersama Pemimpin' bersama-sama dengan barisan kepimpinan yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan ADUN Teluk Air Tawar YB Dato Hajjah Jahara Hamid ke PDM Jalan Masjid Teluk Air Tawar.

Dalam Program yang berlangsung, YB Shabudin menyampaikan taklimat khusus terhadap jentera PDM  Jalan Masjid dalam menangani dan menyelesaikan segala permasalahan didalam pelbagai perkara demi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.



Beliau juga dalam ucapannya memberikan kata-kata semangat buat seluruh jentera di PDM Jalan Masjid mahupun di PDM-PDM lain supaya agar terus bekerja untuk memastikan kemenangan di  seluruh 27 PDM didalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor. TGP

No comments:

Post a Comment