Thursday 7 March 2013

Generasi Muda Sokong BN !!



Tasek Gelugor- 6 Mac 2013- YB Ustaz Shabudin Bin Yahya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Tasek Gelugor hari ini 'turun padang' didalam Program Bersama 'Generasi Muda Sokong BN'.  Program tersebut juga turut dihadiri lebih 50 anak muda yang selama ini memberi sokongan kepada BN/UMNO Di Tasek Gelugor. Turut juga bersama-sama dalam lawatan tersebut adalah setiausaha UMNO bahagian Saudara Zambri Che Ros diikuti dengan barisan kepimpinan di kawasan.

Kumpulan 'Generasi Muda Sokong BN' ini melibatkan diseluruh jentera pemuda didalam kawasan PDM Jarak dan PDM Padang Menora.



Program dimulakan dengan YB Ustaz Shabudin mengetuai bacaan Al-Fatihah bagi disedekahkan kepada anggota keselamatan negara yang telah gugur dalam insiden serangan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Dalam program yang berlangsung juga, kumpulan NGO, 'Generasi Muda Sokong BN', berjanji akan memberikan taat setia kepada Parti dan juga berjanji akan terus mempertahankan UMNO/BN dalam PRU13 tidak lama nanti.

YB Shabudin juga turut memberikan penerangan berkenaan tentang suasana politik di Pulau Pinang dan juga di Tasek Gelugor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan dan mengakui kekuatan jentera Pemuda amatlah penting kerana jentera ini merupakan jentera utama ataupun boleh diketegorikan sebagai 'Front Line' bagi menghadapi pembangkang di Pulau Pinang.

Dengan itu beliau juga berharap ianya dapat dijadikan elemen utama kepada seluruh jentera UMNO/BN dalam usaha mendapatkan kembali Pulau Pinang dan mempertahankan Tasek Gelugor.


Selain menyampaikan taklimat dan penerangan khusus dalam program berkenaan, Beliau turut memberikan sedikit sumbangan kepada kumpulan NGO ini untuk bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti dikawasan.- TGP.

No comments:

Post a Comment