Friday 7 June 2013

BL1M ~ 640 Peserta Selesai Ikuti Kursus


Janji Di Tepati , itulah kata-kata yang paling tepat untuk TGP ungkapkan apabila 640 orang peserta BL1M Bahagian Tasek Gelugor yang telah mendaftar bagi mendapatkan kursus bantuan lesen 1 Malaysia selesai mengikuti kursus baru-baru ini.

Kursus yang diadakan dalam dua sesi itu di rasmikan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya selaku Ahli Parlimen Tasek Gelugor malah pihak Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor juga turut menaja makan dan minum setiap peserta yang menghadiri kursus tersebut.

YB Ustaz Syabudin bersama-sama Saudara Hasbul Hazani Daud selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor turut melahirkan rasa syukur mereka dengan kehadiran para peserta dan ianya membuktikan bahawa rakyat khususnya masyarakat di Tasek Gelugor menghormati undang-undang sedia ada.

Ucapan oleh Sdr Hasbul Hazani Daud 

Ucapan oleh YB Ustaz Syabudin Yahya
YB Ustaz Syabudin dalam ucapan perasmiannya berkata "Sebagai wakil rakyat dan jentera parti , UMNO sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan BL1M merupakan salah satu contoh di mana kita meringankan beban rakyat khususnya mereka-mereka yang masih belum memiliki lesen motorsikal dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM199 kepada pihak Myeg.Insyaallah dari masa ke semasa kita akan terus bekerja untuk kebaikan rakyat."









Tahniah juga TGP ucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor yang bertungkus-lumus menjayakan program serta kursus BL1M dengan kerjasama daripada pihak Myeg dan rata-rata peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan.

Untuk makluman setiap peserta yang telah selesai menjalani kursus tersebut akan di panggil oleh pihak Myeg bagi mengikuti ujian seterusnya sebelum mendapatkan lesen.Kepada mana-mana pihak khususnya yang telah mendaftar dengan UMNO Bahagian Tasek Gelugor sekiranya mempunyai perkara berbangkit bolehlah menghubungi pihak Myeg di talian seperti berikut Shina Tel 0162743956 , Razak Tel 0192542794 atau Lingam Tel 0122699019.

TGP.

No comments:

Post a Comment