Monday 3 June 2013

Kenangan PRU13 Parlimen Tasek Gelugor Part 1


Barisan kepimpinan.

TGP kini kembali membawakan kepada anda rentak dan perjalanan politik di bumi Tasek Gelugor setelah PRU13 mengambil tempat.Sebagai membuka tirai , TGP menyediakan 2 entri khas sebagai tanda terima kasih kepada bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang kini melepaskan jawatannya kepada YB Ustaz Syabudin Yahya sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang baru.

Sudah semestinya rakyat di Tasek Gelugor berbangga dan berterima kasih kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di atas segala sumbangan beliau selama berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan sesungguhnya jasa beliau amat-amat di hargai.

Berikut merupakan antara program yang TGP rakamkan sewaktu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor melalui program-program turun padangnya bertemu rakyat dan masyarakat.

Bukit Tok Alang, Jarak, Program Ramah Mesra Penduduk tempatan bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Bersama-sama memeriahkan program tersebut ialah Haji Hasim Bin Yusoh, Sobri Bin Jaafar, Dato' Zulkifli Bin Yahaya, Cikgu Hasbul Hazani, Ketua Pemuda Parlimen Tasek Gelugor, Saudara Rahman, Naib Ketua Pemuda dan Puan Normah Selaku Ketua Wanita Bukit Tok Alang, Jarak. Program tersebut juga telah dihadiri kira-kira lebih 100 orang penduduk kawasan Bukit Tok Alang.

Bergambar bersama penduduk


Program Ramah Mesra ini bertujuan untuk bertanyakan perkembangan penduduk setempat dan menyalurkan sumbangan dari pihak Tan Sri kepada penduduk setempat yang memerlukan. Selain itu juga bantuan berupa 2 buah kerusi roda untuk orang kurang upaya (OKU) juga disumbangkan kepada Puan Jamaliah Binti Othman dan suami beliau akibat kehilangan anggota kaki. Bantuan tersebut disalurkan kepada warga emas Kawasan Bukit Tok Alang, Jarak untuk kegunaan seharian penerima bantuan.

 
 Penerima sumbangan.

 Penerima sumbangan.

 Penerima sumbangan.

 Penerima sumbangan.

 Penerima sumbangan.

Selain itu, penduduk tempatan juga bertanyakan beberapa soalan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengenai kenangan manis dan kenangan pahit beliau semasa menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Jawab Tan Sri kepada Penduduk "kenangan manis saya ialah semasa saya dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor, saya amat teruja dan terasa seperti seorang pengantin baru , umpama seperti penganti perempuan, takut pun ada seronok pun ada. Bagi kenangan pahit saya ialah semasa pengumuman keputasan PRU ke-12, Barisan Nasional kehilangan Pulau Pinang di tangan pembangkang" ulas Tan Sri.

Penduduk setempat bertanyakan soalan terhadap YB Tan Sri.

Tetamu yang hadir.

Jasa dan khidmat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semasa beliau memikul amanah sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor tidak akan di lupakan oleh rakyat dan masyarakat Tasek Gelugor.Rata-rata penduduk yang di temui oleh TGP turut melahirkan rasa terima kasih mereka dan sebagai rakyat serta masyarakat yang setia kepada perjuangan parti maka perubahan yang berlaku di Parlimen Tasek Gelugor sudah pasti akan di terima malah sokongan kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang baru iaitu YB Ustaz Syabudin Yahya akan di teruskan.

TGP.

No comments:

Post a Comment