Wednesday 26 June 2013

YB Shabudin Yahya Angkat Sumpah Ahli Parlimen


YB Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang baru-baru ini menewaskan calon PAS Dato Rahman Maidin dalam PRU13 lalu selesai mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat bagi penggal ke-13.

Seramai 222 Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah pada Isnin lalu bagi mengesahkan kedudukan mereka sebagai anggota Dewan Rakyat.

Upacara mengangkat sumpah ini berlangsung 49 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada 5 Mei lalu.

Persidangan pertama Dewan Rakyat yang bermula pada pukul 10 pagi Isnin telah dimulakan dengan pemilihan Yang Dipertua (YDP) Dewan sebelum majlis angkat sumpah Ahli Parlimen dijalankan.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, semua 222 Ahli Parlimen bagi penggal ke-13 kemudiannya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua dewan yang baru mengikut Perkara 59 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Persidangan Dewan Rakyat selama 16 hari itu merupakan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 yang diadakan selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Komposisi Ahli Parlimen kali ini ialah 133 Barisan Nasional (BN), DAP (38), PKR (30) dan PAS (21).

Daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen, 98 daripadanya adalah muka baharu.

Bagaimanapun tiada wakil konsesi Bebas pada persidangan penggal ini.

Pada mesyuarat kali ini tiga rang undang-undang baharu akan dibentangkan iaitu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 2013, Rang Undang-Undang Tatacara Mahkamah Syariah (Wilayah -Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013.

Rakaman Ahli Parlimen angkat sumpah KLIK SINI 

TGP

No comments:

Post a Comment