Thursday, 27 June 2013

WARM UP ~ BN Kumpul Isu , Maklumat Sebelum Sidang DUN


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kini giat mengumpulkan pelbagai isu dan maklumat untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang akan bermula awal bulan depan.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang yang baharu, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, isu dan maklumat itu akan dijadikan bahan penting sebelum memulakan perbahasan bagi menangkis hujah dan usul yang dibawa oleh kerajaan pimpinan DAP.

Menurutnya, satu perbahasan yang berkualiti akan ditunjukkan oleh wakil rakyat BN bagi membuktikan kematangan mereka berhujah di sidang DUN dan bukannya menggunakan bahasa-bahasa kesat.

"Tugas kami ialah menilai prestasi wakil rakyat pakatan pembangkang sama ada kerajaan negeri ditadbir dengan efisien atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Azam Tani anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang, di sini hari ini.


Jahara yang juga ADUN Teluk Ayer Tawar mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang selepas lima penggal menjadi wakil rakyat.

Tambah Jahara, azamnya kini ialah untuk membuktikan wanita juga mampu memimpin dalam sidang DUN dan akan bekerja dalam satu pasukan untuk menyediakan hujah yang bernas.sumber 

Lagi artikel tentang YB Datuk Jahara Hamid KLIK SINI 

TGP

No comments:

Post a Comment