Tuesday, 10 December 2013

Pulau Jerejak, Pulau Pinang Telah Ditukar Nama??? @dzainalabidin


Sidang Dun, Pulau Pinang - 10 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengamuk apabila Adun Barisan Nasional menyentuh mengenai Pulau Mazu di dalam sidang DUN pagi ini. Kenapa Lim Guan Eng harus mengamuk apabila isu Pulau Mazu dibangkitkan?

Isunya apabila Lim Guan Eng menukar nama Pulau Jerejak kepada Pulau Mazu yang telah sekian lama disembunyikan oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sekarangnya diperintah oleh DAP. Lim Guan Eng di dalam kenyataannya cuba menyalahkan pihak UDA Holdings yang mempunyai kepentingan 60% ke atas pulau tersebut.

Sejarah Pulau Jerejak yang mempunyai keluasan hampir 362 hektar itu dahulunya merupakan kawasan pusat tahanan penyakit kusta sejak Tahun 1930 dan sekarang telah didakwa ditukar nama kepada Pulau Mazu.

Sebagai bukti yang mendakwa kenyataan tersebut, sebuah pejabat pegawai yang menjaga pesakit kusta telah diubah dan dijadikan kuil "MAZU" yang bermaksud "Goddess Of Sea". Kuil Mazu juga dibina secara haram di tapak bekas pejabat pegawai kesihatan yang menjaga pesakit kusta.

DAP juga bersikat bermuka-muka apabila mereka menghentam isu meroboh candi oleh pihak swasta di Negeri Kedah selain mendesak digazetkan  sebagai tapak warisan UNESCO. Tetapi lain pula jadinya di Pulau Jerejak, mereka Menyokong penuh pembinaan Tokong Mazu secara haram di tempat yang sepatutnya digazetkan sebagai tapak warisan dan bukannya diubah keasliannya.

Sedikit kenyataan akhbar :-
Ketua Menteri Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah meluluskan pertukaran nama Pulau Jerejak kepada ‘Pulau Mazu’ seperti didakwa sesetengah pihak.
Kerajaan negeri tidak pernah berikan kelulusan itu. Untuk beliau (Datuk Jahara Hamid) membuat dakwaan seperti itu, jahat seribu jahat. 


Jangan berlagak macam ketua pembangkang yang dulu, cakaplah yang benar,” katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.
Lim berkata beliau sedang menunggu laporan daripada pihak berkenaan berhubung isu ini.
“Kami akan jawab isu ini. Saya masih menunggu laporan daripada pegawai pejabat tanah. Sehingga saya menerima laporan itu, saya tidak akan mengulas lanjut isu ini,” katanya.
Terdahulu, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) mahu kerajaan negeri menjelaskan mengenai nama Pulau Mazu yang didakwa sebagai nama baru kepada Pulau Jerejak.
Mengulas dakwaan Jahara bahawa berlakunya pilih kasih berhubung tindakan diambil terhadap peniaga Melayu dan Cina di Pantai Bersih, Butterworth, Lim berkata ketua pembangkang itu sepatutnya tidak menjadikan ia sebagai isu perkauman.
“Janganlah main isu perkauman. Kalau nak cakap mengapa tidak ada tindakan, kita sedia terima. Tetapi jangan cakap mengapa tidak ada tindakan ke atas peniaga Cina tetapi ambil tindakan ke atas peniaga Melayu,” katanya. -Bernama

Apabila didedahkan mengenai Pulau Jerejak Lim Guan Eng pula menunding jari kepada Ketua Pembangkang Pulau Pinang sebagai jahat dan membawa cerita bohong. Tetapi nama dan gambarnya terpampang di antara orang kuat disebalik pembinaan tokong Mazu di Pulau Jerejak.

Gambar-gambar berikut menceritakan sedikit sebanyak mengenai Tokong Mazu di Pulau Jerejak yang dibina secara haram.



Tokong Mazu ini juga dibina kononnya untuk upacara memuja "hantu lapar" mengikut kepercayaan orang Cina.






Masih mahu menafikan pembinaan Tokong Mazu di Pulau Jerejak? Lim Guan Eng pula mengarahkan Ketua Pembangkang Negeri Pulau Pinang, Datuk Jahara, ADUN Teluk Air Tawar menarik balik tuduhan yang dilakukan. Adakah bukti-bukti ini tidak menunjukkan kerajaan DAP ada kaitan dengan pembinaan haram Tokong Mazu tersebut?





Gambar-gambar ini menunjukkan sebahagian Tokong Mazu yang telah didirikan di Pulau Jerejak yang telah ditukar secara sesuka hati oleh Lim Guan Eng kepada nama Pulau Mazu.





Ini menunjukkan Kerajaan DAP di Pulau Pinang hanya mementingkan kaum dan kepentingan peribadi di dalam melakukan apa jua tindakkan.

Baca seterusnya : apple-bru.blogspot.com

No comments:

Post a Comment