Monday 9 December 2013

OPS BANJIR!!! Syabas NKPUM @azwanbro @Khairykj @NajibRazak


*NKPUM Khairul Azwan Harun memberikan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir.

Dun Cukai, Kemaman, Terengganu - Bantuan demi bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir yang memerlukan bantuan dengan kadar segera. Yang terbaru bantuan daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang turun padang di dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Bantuan yang dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir adalah di dalam bentuk keperluan asas harian dan makanan. Ini menunjukkan bahawa Pemuda UMNO Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan rakyatnya yang memerlukan bantuan. Kebajikan rakyat Malaysia sentiasa dijaga. Ini sekaligus menolak dan menyangkal kenyataan-kenyataan yang berbaur fitnah daripada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

*Azwan Bro Bersama-sama Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang dibantu EXCO Pemuda UMNO Malaysia bersama-sama membersihkan tempat yang dilanda banjir. Ini menunjukkan bahawa Azwan Bro tidak kekok dan tidak kisah didalam melakukan kerja-kerja pembersihan, demi membantu rakyat yang didalam kesusahan semasa dilanda bencana.

Semoga usaha-usaha murni ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan Di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Ucapan Syabas Dan Tahniah kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dan EXCO Pemuda UMNO Malaysia Di dalam usaha membantu mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment