Saturday, 21 December 2013

MCA Perlu Berubah...


Perhimpanan Agung MCA yang berlangsung telah mendapat kata-kata suntikkan baru dari pada Perdana Menteri. Ini adalah dalam membantu Parti MCA terus dipandang sebagai parti yang membolehkan kaum Cina  untuk bersama-sama meyokong dan mengundi Barisan Nasional.

Datuk Seri Najib Tun Razak menjadangkan empat langkah dalam memastikan Parti MCA terus bertahan dan mengekalkan kedudukannya.

Katanya, langkah pertama yang perlu dilakukan MCA ialah kembali bersatu di kalangan ahli-ahlinya.
"Dalam sejarah (pemilihan) MCA wujud Team A, Team B dan Team C. Kalau setiap kali berbalah di peringkat atas kesannya MCA akan berpecah dua atau tiga.
"Jadi setiap kali ada pertandingan, MCA sebagai sebuah parti akan menjadi lebih kecil," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma MCA di sini, Sabtu.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata MCA juga perlu melakukan penstrategian semula dalam parti sebagai langkah kedua.
Katanya, parti itu perlu melihat semula kelemahan dan kekuatannya yang mana ia telah pun dijalankan selepas menunjukkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Dalam hal ini beliau berkata kerjasama antara kaum Bumiputera dan Cina perlu menjadi pegangan selain kembali kepada prinsip dan pegangan asal parti.
"Strategi baru perlu diimplementasi untuk terus yakinkan ahli-ahli MCA bahawa formula perkongsian kuasa dalam BN adalah yang terbaik," katanya.
Dalam pada itu Najib juga mencadangkan supaya MCA memberikan semula nafas dan ssmangat baru kepada parti.
Sebagai langkah terakhir beliau berkata MCA perlu memastikan parti itu diiktiraf kembali oleh masyarakat Cina.
Jelasnya, semua ini memerlukan usaha keras sebelum ia menunjukkan hasil.

No comments:

Post a Comment