Agaknya Pulau Pinang yang di beri jolokkan sebagai Pulau Mutiara yang terkenal dengan keperbagaian jenis makanannya terutama "Nasi Kandar" akan bertukar nama tidak lama lagi.
Pulau Mutiara kini lebih sesuai di gelar sebagai "Pulau Tokong", kerana kita semua dapat lihat semakin hari semakin banyak tokong-tokong cina yang besar di bina di serata Pulau Mutiara ini. Cuba kita lihat pembinaan tokong yang telah dibina mahupun baru bina. Semuanya akan mengguakan ruang tanah yang besar dan setiap tokong yang dibina mempunyai kelainan. Malah pembinaan Tokong tersebut menelan belanja yang sangat besar.
Siapa yang luluskan pembinaan Tokong-Tokong tersebut.? Siapa lagi jikalau bukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Malah setiap pembinaan Tokong tersebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pembinaan Tokong Cina yang kian tumbuh bak cendawan di serata Negeri Pulau Pinang, sehinggakan pembinaan Masjid atau Surau sering kali dijadikan pertikaian oleh Bangsa-Bangsa Cina. Kenapa terjadinya perkara seperti ini? Ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang tidak adil dan pilih bulu dalam perkara-perkara yang melibatkan Orang Melayu. Jika sesuatu perkara itu melibatkan Orang Melayu ataupun Islam, Guan Eng akan cuba melambat-lambatkan dan buat tidak ambil perduli sahaja.
Cuba kita lihat di Raja Uda, Butterworth. Apa yang kita dapat lihat disana? Tokong-Tokong yang besar lagi mewah dibina di merata-rata tempat. Malah di situ juga tempat kuat jajahan Guan Eng dalam menjaga Bangsa beliau.
Bila azan mahupun suara-suara orang mengaji Al-Quran berkumandang di pembesar-pembesar suara Masjid, pasti ada sahaja Bangsa-Bangsa lain terutamanya Cina akan membantah atau membuat aduan kepada Kerajaan Negeri. Ini pernah terjadi suatu ketika dahulu, sehinggakan menimbulkan kemarahan Umat Islam di Pulau Pinang. Tetapi di sebaliknya pulak dengan Bangsa Melayu yang membiarkan sahaja atau dalam erti kata lain terlalu baik hati apabila Bangsa Cina pula yang melakukan pesta atau suasana yang bising hingga mengganggu orang lain.
Inilah sikap ketidak adilan yang ditunjukkan oleh Kerajaan DAP yang kejam lagi zalim terhadap penduduk di Pulau Mutiara lebih-lebih lagi kepada Orang Melayu.
Jangan biarkan Orang Melayu hilang dari Negeri Pulau Pinang...!!!
Baca selanjutnya Klik Di Sini
No comments:
Post a Comment