Thursday 19 December 2013

Kenapa Perniaga Berbangsa Melayu Diperbodoh? @dzainalabidin


Kedai Melayu diroboh dan kedai Bangsa Cina semakin teguh bertapak. Adakah ini dikatakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga kebajikan rakyat sama rata dan adil?

Semakin banyak kedai-kedai Bangsa Cina yang bertapak di tepi-tepi jalan dan tapak-tapak haram. Kenapa MPSP dan MPPP tidak ambik tindakkan terhadap peniaga-peniaga Bangsa Cini ini? Kenapa harus pilih bulu?


Mari kita kupas sikit demi sedikit tentang kekuasaan Bangsa Cina di Pulau Mutiara ini. Sebut mengenai kenapa kedai-kedai peniaga Bangsa Melayu di  roboh, ini kerana Banga Cina bijak dan pandai menggunakan medium-medium penguatkuasaan tempatan dengan sentiasa melakukan laporan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan.


Dengan cara apa Bangsa-Bangsa Cina ini lakukan? Mereka sering menggukan laman web pihak berkuasa tempatan untuk melaporkan salah laku peniaga-peniaga Bangsa Melayu. Mereka juga sering membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyampaikan surat aduan kepada pihak atasan Majlis Perbandaran sama ada melalui pos ataupun serahan terus ke Pihak Atasan Majlis Perbandaran.

Cuba kita lihat perniaga-perniaga Bangsa Cina di Raja Uda khususnya. Mereka meletakkan gerai-gerai sehinggakan menyulitkan dan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang mahu melalui jalan tersebut. Kenapa MPSP tidak ambik tindakkan walaupun tidak ada aduan yang dilakukan? Ini kerana Kerajaan DAP yang akan menjaga Bangsa mereka sahaja. Mereka boleh berniaga dan mendirikan gerai-gerai sesuka hati mereka sahaja tanpa bimbang yang mereka melakukan kesalahan.


Kenapa perniaga-perniaga Berbangsa Melayu tidak mahu melakukan perkara yang serupa? Lakukan perkara yang sama seperti mana mereka lakukan. Hantar seberapa banyak aduan yang perlu. Jika lebih tiga kali aduan dilakukan, dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak ambil perduli tentang aduan tersebut, teruskan membuat aduan kepada pihak media tempatan ataupun pihak media elektronik seperti TV3.


Tetapi apakan daya peniaga-peniaga Bangsa Melayu di Pulau Pinang, mereka hanya boleh mengadu sahaja. Kerana apabila aduan di buat kepada perniaga-perniaga Bangsa Cina, mereka hanya akan dikompaun dan gerai mereka masih teguh berdiri dan bertambah besar. Itulah realiti kepada peniaga Bangsa Melayu, yang harus menerima hakikat bahawa Orang Melayu di Pulau Pinang terus ditekan dan dizalimi.

Lim Guan Eng semakin hari semakin mahu menghalau Melayu di Tanah Pulau Pinang. Ini kerana ramai Bangsa Melayu yang mencari rezeki dengan berniaga di gerai-gerai yang telah dibina bertahun-tahun sejak zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang tanpa gangguan. Tetapi kerakusan Kerajaan DAP dapat dilihat bahawa setiap peniaga-peniaga Melayu kian dizalimi dan dihapuskan sedikit demi sedikit di Pulau Pinang.

Jangan sampai Tanah Melayu dijajah kembali oleh orang asing terutamanya yang sebangsa dengan "KOMUNIS".!

No comments:

Post a Comment