Baling - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yaang merupakan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, merangkap Ahli Parlimen Baling hari ini telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang kepada Pelajar-Pelajar UPSR dan PMR 2013 serta Penyampaian Sumbangan Pengajian IPTA/IPTS di Peringkat Parlimen Baling.
Ini adalah satu penghargaan yang seharusnya diberikan kepada pelajar-pelajar di sekitar Parlimen Baling yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam pelajaran mereka.
Di antara penerima sumbangan tersebut ialah 19 pelajar daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Pengang yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR dan setiap pelajar menerima Sumbangan sebanyak RM1000 setiap orang.
Selain itu, 1000 set pakaian sekolah juga turut di sumbangkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada keluarga yang kurang kemampuan di sekitar Parlimen Baling.
Ini adalah keprihatinan dan penghargaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim di dalam menjaga kebajikan dan pembangunan modal insan setiap pelajar di Parlimen Baling, Program seumpama ini di laksanakan demi memastikan setiap anak-anak di Parlimen Baling memdapat pelajaran yang sewajarnya tanpa ada yang keciciran di dalam pelajaran.
Semoga usaha seperti ini akan diteruskan demi menjaga kebajikan pelajaran bagi anak-anak di Parlimen Baling. Malah, semoga bantuan seumpama ini dapat dijadikan contoh kepada semua pemimpin di seluruh Malaysia.
Ucapan syabas dan tahniah diucapkan kepada Datuk Azeez di atas usaha beliau di dalam menjaga kebajikan rakyat di sekitar Parlimen Baling. Beliau seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
No comments:
Post a Comment