Cuba kita lihat betul-betul apa yang tertera di kain rentang di atas? Kenapa Perkataan "JESUS a Saviour is Born" di cetak lebih besar dari perkataan lain?
Adakah ianya hanya ditujukan kepada penganut agama kristian atau mahu mencari lebih ramai penganut agama lain untuk turut serta dengan mereka?
segala macam persoalan bermain di minda kita semua, kerana kita semua sedia maklum bahawa Pulau Pinang merupakan tempat utama penganut agama kristian bebas untuk melakukan apa sahaja untuk menyesatkan penganut agama lain terutamanya yang Beragama Islam.
Penulis bukannya mahu menyekat atau menidakkan perayaan penganut agama di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai Bangsa dan Kaum yang menganuti pelbagai jenis Agama.
Akan tetapi penulis hanya pelik dan hairan kenapa perayaan tersebut dilakukan secara terbuka di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP. Mungkin ada agenda tersembunyi yang mahu dilakukan? Itu kita semua akan terfikir-fikirkan.
Jika dilihat akan ketidak setujuan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi di Malaysia. Kita mungkin terfikir kembali apa agenda yang mereka mahu lakukan? Agenda yang mempunyai seribu satu makna?
Buat pembaca semua, berhati-hatilah akan helah-helah yang cuba dilakukan oleh Kerajaan DAP. Jangan sampai agama kita tergadai dengan pujuk rayu mereka.
Sumber Klik Di Sini
No comments:
Post a Comment