Tuesday, 17 December 2013

Lim Guan Eng Cakap Tak Serupa Bikin.


Baru-baru ini Malaysia di gemparkan dengan banjir yang teruk di beberapa buah Negeri. Banjir yang melanda pula merupakan banjir yang luar jangkaan rakyat Maaysia. Namun bantuan demi bantuan telah pun dihulurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang masih samar-samar dengan Jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan yang boleh dikira sebagai "ludah ke langit, jatuh kebatang hidung sendiri". Perumpamaan ini sememangnya sesuai ditujukan kepada Lim Guan Eng, kerana Guan Eng telah membuat satu kenyataan yang menunjukkan ketidak pandaian Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam menangani isu banjir.

Dalam kenyataan Guan Eng di Konvensyen DAP di Shah Alam tempoh hari.“Kami berjanji. Jika kami menang Putrajaya, berilah kami sepenggal, maka sudah tentu banjir di Pahang akan dapat diatasi”.Ini jelas menampakkan ketidak pandaian Guan Eng dalam berkata-kata. Guan Eng telah memerintah Negeri Pulau Pinang selama dua penggal, apakah rekod bersih Guan Eng di dalam menangani isu banjir di Negeri Pulau Pinang? Malah banjir di Pulau Pinang semakin teruk dan bukanya bertambah baik. Semakin banyak banjir yang berlaku! 
*Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Jika di Guan Eng pun tidak mampu untuk menangani isu banjir di negeri sendiri apatah lagi dengan isu banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri baru-baru ini. Malah apabila berlakunya banjir di Negeri Pulau Pinang, Guang Eng menunding jari kepada Kerajaan Persekutuan  dan Barisan Nasional  untuk menyelesaikan masalah banjir tersebut.Adakah Guan Eng lupa, bahawa Kerajaan DAP di beri mandat oleh penduduk Pulau Pinang dalam mentadbir urus Negeri Pulau Pinang?

Apakah alasan-alasan kerajaan Pakatan Pulau Pinang dalam hal banjir ini? 

Pada 7 Disember 2013, akhbar The Star melaporkan Guan Eng memberi amaran kepada penduduk Pulau Pinang supaya berwaspada terhadap banjir yang bakal melanda. 

Pada 20 November 2013, balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir. ADUN Seri Delima RSN Rayer menuduh kerajaan pusat tidak membantu kerajaan negeri dalam usaha mencegah banjir walhal ini adalah tugas kerajaan negeri untuk mengelakkan banjir. Ini adalah bidang pihak berkuasa tempatan. 

Pada 23 Oktober 2013, Berita MSN melaporkan berlaku tanah runtuh dan insiden pokok tumbang di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

Pada 22 Oktober 2013, akhbar NST melaporkan seramai 479 penduduk kini ditempatkan di pusat pemindahan Tasek Gelugor. Seramai 829 mangsa banjir telah dipindahkan dan hanya 350 dibenarkan kembali ke rumah masing-masing semasa air surut.

Pada 20 Oktober 2013, kawasan Tasek Gelugor dibanjiri dengan air yang agak dalam dan di Bukit Mertajam pula, seramai 1000 penduduk telah dipindahkan mengikut laporan NST. 

Pada 14 October 2013, Malaysiakini melaporkan bahawa sebanyak 850 buah rumah telah mengalami kerosakan teruk disebabkan banjir kilat yang melanda. 

Pada 28 September 2013, NST melaporkan bahawa kawasan aras rendah teruk dinaiki air dan banjir kilat telah merosakkan kebanyakan rumah dan harta benda. 

Pada 12 September 2013, exco negeri YB Chow Kon Yow berkata bahawa banjir tersebut bukanlah sesuatu yang serius di negeri Pulau Pinang. Beliau dipetik sebagai berkata yang tiada masalah banjir yang serius kerana hanya banjir yang dimaksudkan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja dan bukannya menyeluruh. 

Pada 10 Septmber 2013, Malay Mail melaporkan balai berlepas Lapangan Terbang Pulau Pinang banjir bak kolam renang selepas hujan lebat yang turun selama enam jam berturut-turut. 

Pada 1 September 2013, lapangan terbang tersebut sekali lagi mengalami masalah banjir yang tidak dapat dikawal. 

Pada 7 April 2013, dilaporkan banjir kilat melanda hampir seluruh negeri Pulau Pinang. 

Pada 6 April 2013, ADUN Datuk Keramat YB Jagdeep Singh Deo mengakui bahawa banjir yang melanda adalah yang paling teruk dalam masa lima tahun. Sungai Pinang merupakan tempat yang paling teruk terkena tempias banjir. 

Pada 4 April 2013, dilaporkan hujan lebat telah mengakibatkan beberapa tempat di sekitar Georgetown dilanda banjir kilat. 

Pada 2 Julai 2012, beberapa jalan utama di sekitar Georgetown telah dilanda banjir teruk setelah hujan lebat selama dua jam. Beberapa rumah rosak teruk di Jalan P. Ramlee, manakala Jalan Perak, Jalan Logan, Kampung Makam, Jalan Anson dan Jalan Patani semuanya dilanda banjir. 

Apa fungsi Kerajaan DAP? Menolak Melayu dan tolong bangsa sendiri? Apa yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan DAP di Negeri Pulau Pinang adalah menyelesaikan masalah yang perlu dan patut diselesaikan dahulu. Bukan menunding jari kepada Kerajaan Pusat dengan apa masalah yang terjadi. Guan Eng tidak seharusnya cakap tidak serupa bikin.

Guan Eng juga mengaburi segala perbuatan durjana beliau dengan membangkitkan isu-isu lain dengan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun isu tersebut tidak betul dan tidak ada fakta dan bukti yang tepat, Guan Eng tetap mengarahkan tentera kacang merah " red bean Army" untuk terus membuat fitnah.

Agaknya Guan Eng nak ke tolong sangat Orang Melayu?Agaknya Guan Eng nak ke bagi muka kat Orang Melayu?Semua orang ada akal.Fikir-fikirkanlah. Jangan sampai PRU-14 nanti melayu hanya tinggal nama!

Sumber Klik Di Sini

No comments:

Post a Comment